Monday, February 6, 2012

Ana Masih Di Sini

Assalamu'alaikum wbt..

Moga sahabat-sahabat yang membaca entri ini sentiasa dalam naungan rahmat Allah SWT.

Untuk pengetahuan, ana di Pitas ketika ini. Bermuhasabah, memperbaharui ingatan tentang Rasulullah di dalam di minda dan fikiran.

Malam semalam, ana dan dua orang teman serumah menonton sambil berselawat bersama-sama dalam program TV Al-Hijrah "Kuala Lumpur Berselawat". Ana katakan pada teman-teman, akhirnya ada juga program seumpama begini muncul mengisi rancangan TV Malaysia. Syabas Al-Hijrah! Moga Allah merahmati usaha dakwah ini dan pelbagai program islamik akan terus subur di kaca TV negara kita.

Alhamdulillah, secara peribadi sangat bersyukur dengan rancangan yang sangat menyentuh hati sekaligus mentarbiyyah hati dan iman, kembali menyucikan lidah dan hati dengan selawat buat insan tercinta, Nabi Muhammad saw. Ana kira rancangan ini berjaya buat hati dan sanubari tatkala Cinta kepada Rasulullah hadir dan moga terus bercambah kecintaan dan kerinduan ini sepanjang masa. InshaAllah

Tertanya-tanya juga siapakah mereka-mereka yang menampilkan idea melalui program ini. Pastinya mereka itu adalah golongan pencinta dakwah yang inginkan islah disebarkan secara merata di tengah-tengah masyarakat masa kini. Moga ana dan sahabat-sahabat semua digolongkan dalam golongan yang bekerja, bersemangat tinggi untuk melakukan islah.

Alhamdullillah, Allah swt sentiasa menguji tandanya DIA mengasihi hambaNYA.

Ana fikir, ana akan berada lebih lama di Pitas, lebih lama daripada sebelum ini. I used to tell myself and others that i could only stand of staying back here for less than 2 weeks, or else more than that period of time, i would end up with homesick and all i thought was being at home. And somehow, Allah tests what i had said before, and therefore i  dare myself to stay back being here for 3 more weeks. That's mean, a month here, no balik kampung!

Mental kali ini lebih teruji, tatkala ana mesti bersabar menunggu saat untuk kelegaan selepas sedikit ujian ini. Janji Allah dalam FirmanNYA yang berbunyi,



"Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan."
                                                                                               (Al-Insyirah:5-6)


Sedikit kegusaran tentang gerak kerja ABIM Kota Belud, Usrah, Urusan Jemaah, Keluarga & Adik-beradik. Ana hanya mampu berdoa menyerahkan segala urusan ini kepadaNYA. Buat keluarga yang disayangi, ana tinggalkan dan merayu kepada ALLAH SWT agar menjaga keselamatan mereka semua dan diberikan perlindungan daripada kejahatan dan kemungkaran. Moga dikurniakan istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada ALLAH..

Buat sahabat-sahabat dalam Jamaah, Saudari Rabiahtul Adawiyah, Arlindawati, Nurul Aimie, Nurhafizah serta yang lain-lain, ana doakan moga ditambahkan semangat perjuangan dan istiqamah untuk membuat yang terbaik demi redha ALLAH swt.

Ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat semua.... Moga hati-hati kita semua ditautkan ingatan dan sangkaan yang baik di antara satu sama lain. Ukhuwwah ini pasti ada ujiannya, dan sama-sama kita memeliharanya dengan sebaiknya.

Mohon ampun dan maaf jika keberadaan ana di sini banyak mengundang kesulitan buat kalian semua di sana.. Moga Allah sentiasa bersama-sama kita.

InshaAllah....... sehingga bertemu lagi.

Sunday, February 5, 2012

Utusan Rindu Buat Rasulullah

Assalammu'alaikum Wbt,

Di kesempatan ini, ana ingin mendedikasikan Salam Istimewa Memperingati Hari Kelahiran Nabi Junjungan, Muhammad S.A.W

Sesungguhnya, Baginda insan paling mulia, paling layak menjadi sumber ikutan dan teladan buat kita semua.

Teringat persoalan yang sering ditanya, "Andai Rasulullah bersama dengan kita pada masa sekarang, apa yang kita akan lakukan"?

Ana ingin sentiasa bersama Rasulullah, mengajar dan mendidik ana sentiasa. Merasai kasih dan cinta baginda.

Pastinya, hati-hati yang merindui Baginda akan sentiasa mengalirkan air mata kerinduan yang amat mendalam, mengharap pertemuan dengan Baginda. Hati-hati yang terpikat, jatuh cinta dengan setiap yang ada pada diri Rasulullah..

Ya Allah...

Siapa lah kami
 di sisiMU
Namun,

air mata
kasih
rindu
harap
kami tidak mampu tertahan

tatkala mengingati KekasihMU
Bernama Muhammad
Kami rindu Baginda
Insan yang tidak pernah kami temui
Wajah yang tidak dapat kami bayangkan
Tetapi ingin benar kami tatapi

Moga Engkau menerima kami
Mengadakan pertemuan
ini kelak
di Syurga kelak..