Alhamdulillah selamanya syukur kepada Allah SWT dengan kesempatan ABIM Kota Belud selesai dengan perkongsian ilmu bertajuk "Ramadhan: Ku Nanti Kedatanganmu" disampaikan oleh Saudara Mohd NurHilmi Milus, Setiausaha ABIM Negeri Sabah.
Banyak input-input yang dikongsikan mengenai Ramadhan - Ibadah puasa, Sejarahnya, Fadhilat & Kelebihan dari sudut rohani dan kesihatan sehingga kepada tips-tips menjadikan ramadhan seistimewa bulannya. Moga perkongsian ini mendapat manfaatnya dan menambahkan lagi penghayatan kita dengan serba-serbi setiap ibadah dengan gandaan ganjaran ditawarkan. Maka, terpulang kepada kita untuk menggerakkan badan, hati dan fikiran untuk berlumba-lumba memperolehnya.
"Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi", biasa kita dengar tatkala munculnya bulan Ramadhan.
Tanyalah hati,
Benarkah hati benar-benar rasa tidak sabar akan kedatangan Ramadhan?
Mengapa ditangisi pemergiannya?
Meraih kemanisan iman, merai TAKWA daripada Maha Berkuasa..
Takwa, hasil daripada mujahadah kita mendidik godaan nafsu, menundukkan kehendak hati yang sering ingin melayan apa yang dikatakan menjadi kebiasaan dalam kehidupan..
Dalam lapar dan dahaga,
Hati kotor dengan segala penyakit hati seperti kedekut, mudah marah, malas, sangka buruk, dendam, benci
bersarang di hati selama ini,
Apabila puasa difahami dengan baik,
Doa, istighfar, solat, sedekah, mendampingi perkara yang baik dan dipandang mulia
Bermulalah proses Ujian ketahanan iman: Segala teruji, minda, akal, hati, tubuh badan.. budi bahasa
30 hari menempuh Ujian dan Latihan, nantikan apa yang terbina selepasnya?
Takut kepada dosa?
Menyegerakan amalan fardhu?
Cinta kepada Tadarrus dan Tilawah Quran?
Ringan hati memberi?
Kesungguhan dengan setiap kecil zarah amal kebaikan, mudah-mudahan itulah TAQWA.
Apa saja yang dilakukan, umpama menempuh jalan yang penuh duri. Penuh waspada melangkah dengan hati-hati.
Kerana rasa kekerdilan dan hamba kepada Allah SWT
Kerana rasa harap dan takut KepadaNYA
Kerana rasa rindu dan cinta
Dirasai dengan hebat sepanjang Ramadhan
Bukan semata-mata dengan ganjaran
Tetapi Allah SWT memilih kita
Dianugerahkan rasa nikmat yang luarbiasa jauh mencengkam dan mengakar di sanubari..
Itulah ingin Takwa.
Mari sedarkan diri. Bina Benteng Perisai TAKWA..
Ramadhan ditangisi, tatkala Puasa yang sempurna dilaksanakan berjaya menyuntik semangat dan wangian kebahagiaan dan kesejahteraan dihati, seperti tidak diraih di bulan-bulan yang lain. Sedih berpisah kerana dengan nikmat mujahadah menerbitkan bait-bait rindu pada suatu perjuangan yang jarang disedari, Jihad hawa nafsu yang terlalu acap kali melekakan diri.
Sesungguhnya, hanya mereka yang beriktiqad dengan iman yang benar dengan kualiti taqwa yang sebenarnya sahajalah yang boleh merasai nikmat bulan madu di bulan ini.
Mahukah kita merebut pakej Bulan Madu ini?
Ana akhiri edisi ini dengan nukilan ayat-ayat CINTANYA yang berbunyi
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu: Mudah-mudahan kamu bertakwa.." (Al Baqarah: 183)
JOM IMARAHKAN IMAN KITA sepanjang bulan suci ini....
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, July 30, 2011
Tuesday, December 7, 2010
Rencam Rasa Seorang Dai'e
Tidak pernah berhenti ana bermonolog dengan diri. Meluahkan isi hati dari minda ke hati. Mengungkapkan segala recam rasa selama bergelar seorang dai'e. Ana menemukan seribu banyak perasaan, banyak sekali mencetuskan provokasi pada diri. Akhirnya berakhir dengan tuduhan buat diri hina ini,
"Kamulah yang bersalah, Haiza."
Banyak sungguh kelemahan dan kekurangan. Tidak cukup kuat mujahadah untuk berdiri dan berjalan kembali.
Bila ana mengimbas-imbas pengembaraan ana di medan ini, akan sentiasa hati ini tercubit. Malu. Ego. Kesal. Sedih. Bimbang. Kecewa. Bahagia. Gembira. Tenang.
Tamrin Medan Tarbiyyah
Teringat di suatu Tamrin yang ana hadiri Julai tahun lepas. Ianya suatu pengalaman yang sangat pahit ana kenang, namun tidak mungkin pernah dilupakan. Kerana pahitlah, pengalaman ini membuahkan suatu tarbiyyah hati dan akhlak yang jarang-jarang ana temukan dalam buku yang dibaca. Rancangan TV yang ditonton atau apa saja.
Yang hanya Allah beri dalam suatu perbincangan yang menjadikan ana sebagai core @ leader mereka. Apabila ada ahli-ahli kumpulan berselisih pendapat dan menjadikan perbincangan bertukar menjadi medan perdebatan yang mengelirukan dan menyesakkan jiwa, ana tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya. Perdebatan dikalangan ahli-ahli yang tetap dengan pendirian masing-masing sangat memalukan. Apatah lagi disaksikan pimpinan yang ada di situ. Suasana musyawarah yang tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi dalam jemaah. Yang sepatutnya, dikendalikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Musyawarah yang dinaungi rahmatNYA bertukar menjadi medan siapa yang lebih hebat hujahnya.
Buntunya ana ketika itu. Hanya kepada Allah Maha Mengasihani tempat ana bertawakkal.
Kerana jahilnya ana dalam berhadapan dengan situasi sedemikian, padah menanti ana. Alhamdullillah. SubhanaAllah... Innalillahi wainnalillahi roji'uun.... SubhanakaAllah wa ni'mal Wakil...
Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.
Sehingga kini ana masih berfikir tentang musibah hari itu.
Ana berfikir bahawa, rupa-rupanya inilah yang dikatakan sebagai TARBIYYAH ILLAHI. SubhanaAllah..
Syukur Alhamdullillah............
Keaiban yang Allah hijabkan di hadapan sahabat-sahabat di sana. Walau rasanya begitu sangat dan terlalu pahit. Ingin saja diri melarikan diri dari situ. Di mana mahu meletakkan wajah yang hina ini?
Apa lagi ubatnya, melainkan dengan lapang dada. Istighfar berbanyak-banyak sehingga kesuraman dan gelora di hati anda tenang seketika.
RahmatNYA Maha Luas
Ada saatnya, keaiban itu kita sendiri yang menemukannya tanpa pengetahuan orang lain.
Namun kali ini, kelemahan ana terhijab dan ketahuan oleh semua di sana. Mungkin asbab ego dan kesombongan yang masih bersarang dalam diri. Lantas, Allah SWT menambahkan rahmatNya dengan memberi peringatan kepada ana melalui pendekatan sedemikian. SubhanaAllah.
Setahun lebih berlalu.
Ana merasakan kebesaran Allah SWT setiap kali hadir dalam apa saja program, akan ada saja yang menghentak diri ini. Bermacam ujian.
Ketandusan idea.
Ketidakcerdasan minda.
Haru-biru fikiran.
Kesemuanya menyentuh kelemahan diri.
Perlu dibaiki.
Ana berfikir, mengapa mesti melalui segala macam pengalaman pahit begini.
"Andai ana tidak pergi program ini, tidak perlu sebenarnya ana resah gelisah seperti ini."
Mengapa?
Kerana, ana mahu menjadi manusia yang hebat.
Hendak jadi begitu, maka bersedialah menerima cabaran-cabaran yang luar biasa!
Ana berpegang dengan prinsip :
Berani ditarbiyyah dan berani mentarbiyyah..
Andai ana sudah ditakdirkan dalam sesuatu program, ana tahu ana pasti akan melalui pengalaman berbeza, yang akan bermula dengan kepahitan. Baru disusuli dengan kemanisan.
Maka, apa saja yang berlaku, hadapilah dengan lapang dada.
Beranilah berhadapan dengan kelemahan yang terpampang di hadapan semua dengan senyuman.
Berani menghadapi mereka yang mentertawakan serta memandang rendah pada diri dengan sangka baik.
Terus melangkah dengan yakin walau diri tidak punya apa-apa. I am nothing!
Jangan jauhkan dirimu. Teruskan berwajah ceria walau hati bersarang kesedihan dan kekecewaan.
Kuatkan semangatmu. Besarkan jiwamu tatkala kau menemukan kekurangan dirimu.
Akrabkan silaturrahim dengan mereka di sekelilingmu walau hati meronta-ronta ingin lari jauh.
Berdiri dan terus melangkah dengan tabah!
Teruskan memperbaiki diri!
Jangan putus asa!
Kerana...
Hidup ini adalah suatu proses ilmu dan amal
Istimewakan setiap pengalaman yang dilalui
Usah gusar..
Tertawalah..
Pasti hatimu berbunga jua ..
Bersabarlah duhai hati..........
*Moga tulisan ini akan sentiasa membangunkan jiwa ini di kala lemah dan tidak berdaya*

Subscribe to:
Posts (Atom)