Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Islam Agamaku


Alhamdulillah Allah SWT mengurniakan kesempatan dan kekuatan hadir ke Seminar Islam Agama Risalah Sempena Ijtima’ Haraki Pertama ABIM – WADAH Sabah 2 Julai yang lalu.

Ana ingin berkongsi tentang beberapa input yang didapati daripada Ucaptama Seminar ini yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Osman Bakar bertajuk “Islam Sebagai Agama Risalah Dalam Kontek Alam Melayu."

Mukadimah

Memetik mukadimah beliau “Pada zaman sekarang, banyak orang yang mengakui dirinya islam tidak membaca al-Quran, malah jauh sekali daripada dapat memahami isi kandungannya. Mereka ini tidak membacanya samada kerana mereka tidak tahu berbuat demikian atau pun kerana mereka malas. Biar apapun sebabnya, mereka ini merupakan sebilangan besar daripada masyarakat Islam yang sama ada jahil sama sekali atau samar-samar terhadap kedudukan dan peranan Islam sebagai agama risalah.” 

Sesungguhnya, keyakinan bahawa Islam sebagai agama risalah yang perlu disebarkan tidak mampu dicapai melainkan memahami  isi kandungan Kitab al-Quran yang menerangkan tentang kebenaran Islam itu sendiri.  Maka, adakah kita telah ataupun dalam usaha untuk memberitahu tentang risalah-risalah yang terkandung di dalam al-Quran yang kita yakini? Atau masih dalam kesamaran tentang apakah risalah-risalah yang dimaksudkan?

Benarkah kita tergolong dalam mereka yang acuh tidak acuh mengasah kefahaman mengenai hidup beragama islam, sekaligus malas mencari sinar kebenaran yang tetap berpegang teguh?

Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam, berkaitrapat dengan risalah-risalah yang perlu disebarkan.

Risalah bermaksud perutusan atau mesej, dakwah atau seruan, tabligh atau misi, perhubungan atau komunikasi, dan edaran. Sekaligus, makna ini bertepatan dengan makna yang dimaksudkan Islam sebagai agama yang memberi mesej, perutusan, misi.

Makna teras risalah ialah perutusan atau mesej. Ajaran agama islam yang terkandung dalam al-Quran merupakan perutusan atau mesej daripada Allah kepada manusia. Setiap ayat al-Quran merupakan perutusan, pesanan atau mesej illahi kepada seluruh umat manusia.
Pastinya, risalah-risalah itu merupakan peringatan yang sangat mustahak, perlu disampaikan kepada umat manusia, peringatan ke arah kehidupan yang sejahtera. Menjalankan tugas dwifungsi sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Perlu kita ketahui bahawa Allah SWT melantik malaikat bernama Jibra’il sebagai penyampai utusan kepada manusia. Allah SWT melantik Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul terakhir menyampaikan perutusan illahi yang sebelumnya dipikul oleh Rasul dan Nabi yang lain.

Mesej Tauhid, MengEsakan Allah SWT: Mempersaksikan bahawa ALLAH SWT sebagai tuhan, tidak ada lain selainNYA.

Rasullullah S.A.W merupakan Rasul terakhir, al-Quran kitab suci terakhir Allah kepada manusia dan agama islam adalah agama terakhir daripada Allah kepada manusia. Rasulullah sudah meninggalkan kita, namun tidak bermakna risalah islam akan terhenti peranannya. 

Kitalah yang berkewajiban, bertanggungjawab dalam menyebarkan islam dan menghayati peranan agama islam sebagai agama risalah. Perutusan al-Quran adalah perutusan terakhir Illahi kepada manusia, maka menjadi kewajiban orang islam untuk menerangkan perutusan ini kepada seluruh umat manusia.

Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan. Segala permasalahan yang meracuni kehidupan daripada hati sehingga kepada kehidupan bermasyarakat, ekonomi, sosial, politik terungkai apabila mesej-mesej yang dibawa oleh islam diaplikasikan dan dihayati.

Risalah-risalah ini sentiasa perlu menjadi siulan di bibir, tertegak di hati, terserlah dalam setiap tindakan. Apa saja isu atau anasir yang hadir dengan fitrah perosaknya, islam sebagai agama rahmat penyelesai paling moden, paling semasa yang sentiasa relevan merentasi setiap corak zaman dan liku-liku kehidupan.

Walaubagaimanapun, Allah menjanjikan ujian-ujian dan mehnah kepada hamba-hambaNYA.

Kezaliman, kerosakan, kepincangan akhlak, kepalsuan, kejijikan yang berlaku masa kini sepatutnya mendesak tuntutan supaya kita sebagai orang islam beriltizam dan kembali ke medan perjuangan, mengupayakan setiap lima nikmat sebelum datangnya lima perkara yang merugikan.

Sebarkan risalah yang terkandung dalam al-Quran kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan saudara mara kita, rakan-rakan dan kepada orang lain. 

Kita menginginkan kembali kegemilangan Islam sepertimana yang direalisasikan oleh rasulullah tercinta, Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda iaitu kedudukan umat islam yang kukuh, disegani dan dihormati. Namun, di mana jalan menuju kegemilangan ini?

Syarat kejayaan ini ialah berlakunya perubahan hakiki pada diri kita sendiri

Ya.

Suatu perubahan yang berupa anjakan kejiwaan dan kerohanian yang memperlihatkan peningkatan iman, ilmu dan amal, peningkatan akhlak dan peningkatan perjuangan untuk memperkasakan umat islam. Perubahan dalaman ini jika diusahakan secara beramai-ramai oleh ahli-ahli sesuatu kaum akan melayakkan kaum itu mendapat pertolongan Allah dalam mengubah nasib mereka ke martabat yang lebih baik dan yang lebih dihormati.

Allah menyebut di dalam Surah Ar-Rad, ayat 11
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah dahulu keadaan diri mereka sendiri”

Pasti sesiapa jua mahu berjaya di arena dunia dan kekal abadi di akhirat kelak. Namun, cara hidup kita perlu sentiasa di awasi dan dimuhasabahkan, adakah melalui cara hidup yang diredhaiNYA?.

Kerana, kita tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat menurut kriteria kejayaan yang telah ditetapkan di dalam al-Quran sekiranya kita tidak akan mendapat pertolongan Allah SWT. Tetapi, kita tidak akan mendapat pertolongan Allah sekiranya cara hidup kita, kepercayaan dan amal perbuatan kita tidak direstui dan diredhaiNYA. 

Kejayaan ini adalah janii Allah SWT, dengan syarat yang perlu dipatuhi. Syarat-syarat wajib yang disebut di atas telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, merupakan sebahagian daripada hokum-hukum alam keruhanian atau sunnatullah yang menurut al-Quran tetap kekal tanpa berubah-ubah. Allah menegaskan dalam firmannya dalam surah Al-Ahzab ayat 62
“ Sunnatullah berkuatkuasa di kalangan mereka yang hidup dahulu sebelum kamu. Tidak sekali-kali kamu dapati perubahan pada sunnatullah.”

Kita mungkin mencari tips bagaimana mencari kekuatan sehingga menjadi pendorong kepada diri untuk terus konsisten dalam perubahan kepada insan yang lebih hebat.

Kunci kekuatan umat yang akan membawa kepada kejayaan dan kemenangan berakar-umbi daripada kekuatan diri individu yang berpunca daripada tazkiah jiwa iaitu pembersihan hati dan jiwa. Kekuatan dalaman ini akan memancarkan sinar kekuatan melalui gerakan atau aktiviti-aktiviti menyampaikan risalah islam ini.

Maka, persiapkan diri. Sertai jemaah dan saling bekerjasama memperkuat ukhuwwah dan gerakan.

Sunday, May 1, 2011

Catatan Tafsir Maudhu'iy

Kuliah Tafsir Maudhu’iy yang ana hadiri bersama 3 orang adik usrah iaitu fiza, mimi dan awie sarat dengan ilmu – sekali lagi berjaya melapangkan dada ana. Menjentik jiwa-jiwa layu ana berada jauh di Pitas.

Pernah dulu ditanya “Akak mau posting di mana nanti”, Tanya seorang adik daripada jemaah. Tanpa berfikir panjang, “akak kalau mau rasa tempat di pedalaman”. 

SubhanaAllah Allah benar-benar memakbulkan apa yang dikata sedang dihati berniat bukan begitu.

Juga, perkataan yang terpacul di bibir ketika itu, ana menghalusi kembali. Mengingati tidak patut meminta sesuatu yang tidak sebenarnya berkenan di hati.

Astagfirullah ana bermaksiat lagi.

Kerana, dikatakan bahawa berada ditempat yang jauh, sebenarnya menyukarkan seseorang itu untuk mengetahui isu-isu semasa serta reach out untuk ilmu agak terbatas.

Kini, ana akui ia benar. 

Namun, tetap bersangka baik bahawa Allah SWT Maha Pengasih, tidak akan menzalimi hambaNYA selagimana jalan-jalan syariat islam dihayati dalam kehidupan.

***************************************************

Tafsir Maudhu’iy punya tarikan istimewa bagi ana. Selain karisma penceramahnya, Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang begitu ana kagumi gaya penyampaian, gaya bahasa serta ketokohan beliau.. membangunkan jiwa ana. Alhamdullillah. Gaya penyampaian yang menyerlahkan gaya pidato yang cukup kemas, dan berstrategik.

Biarpun, ana bukan pendengar yang baik. Ana bersyukur dengan rezeki duduk di tujuh barisan pertama (kalau tidak silap).. setiap ucapan dan perkataan ingin ditangkap dan difahami maksudnya.

Model Kepimpinan Liberatif

Daripada Kisah Talut ini, suatu misi pembebasan yang perlu ada jiwa pemimpin. Iaitu misi pembebasan daripada kegelapan kepada pencerahan. 

Daripada kepimpinan yang dicemari dengan penyelewengan dan salahguna kuasa yang membinasakan, kepada kepimpinan yang mengikut sunnatullah-menegakkan kebenaran dan keadilan.Misi Pengislahan.

Pemimpin yang membawa misi pembebasan usah takut pada protes jika yakin apa yang diperjuangkan adalah kebenaran.

Kreativiti dalam dakwah. Sepertimana dalam kisah Golongan Elit bangsa Israil yang bersifat materialisitk, mendekati mereka bukan dengan mendatangkan para ilmuan untuk  memberi hujah ilmiah. Pasti mereka tidak memahami bahasa dakwah sebegini. Hanya ilmuan sahaja layak dengan laras bahasa ilmuan = hujah ilmiah. Mengajar kita memahami siapa yang kita ingin islahkan itu.

Ana berfikir, seringkali kita merintih menangisi kehilangan benda berharga, jam tangan ROLEX, Handphone, wang ringgit. 
Frust menonggeng kita.

Tetapi, pernahkah kita bereaksi perkara yang sama apabila kita kehilangan nikmat mendirikan solat. Dulu kita pernah menangis dalam solat, kini pernahkah lagi?

Nikmat mendoakan… sungguh-sungguh kita menangis dalam pengharapan agar Allah melapangkan masalah.. kini masihkah kita merintih untung nasib kita KepadaNYA?

Lagi…
Apakah kalimah yang kita lafazkan apabila mendengar berita kembalinya seseorang kepada Allah swt?

Roji’uun.. tempat kembali..

Mengapa apabila dengan ditimpa musibah, kita segera kembali kepada Allah SWT?

Barangkali apabila berjaya dan hidup senang lenang, begitu mudah langkah kita tergelincir jauh daripada Allah SWT..

Di saat bergaya mewah, mudah kita melupakan Allah.

Namun, Maha Mengasihani Allah SWT, menerima kita di saat kesedihan tidak berdaya tatkala di timpa musibah.

Kerana fitrah hamba, apabila susah… bersegeralah kembali kepada Allah. Moga-moga pintu taubat sentiasa terbuka. Baru ingat kepada siapa untuk berserah diri dan meminta kembali segala yang pernah dimiliki dahalu? 

Kerana, sesuatu kejayaan itu terhasil selepas bangkit daripada musibah. 

Politik Semasa & Prinsip Ilmu
Berhadapan pula dengan realiti politik semasa yang terang terbelah berbeza. Yang satu materialistik.. semuanya menceritakan tentang projek, kontrak, tanah, wang, pangkat, dunia, rasuah, fitnah.. Yang satu lagi pula tentang maruah, pembebasan, keadilan, kesejahteraan.

Bagaimana kita membezakan dengan akal dan mata hati. Kebenaran dan Kepalsuan.

Disinilah prinsip ilmu perlu ditegakkan.

Tidak perlu ana mengulas panjang, kerana jujurlah dengan ilmu.

Berpendirianlah dengan kebenaran ilmu.
Tidak jelas?

Kembali kepada asas. Sebagai contoh, bagaimana cara kita membezakan telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan?
?

Fikir dan Zikir!


Monday, April 11, 2011

Surat Buat Bakal Suamiku

Assalammualaikum....

Dear,calon suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini?

Sudahkah harimu ini diawali dgn syukur?

Kerana dpt mnatap kembali fananya hidup ini..

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yg saat ini sedang kau genggam..

Wahai calon suamiku . .

Tahukah engkau bertapa ALLAH sgt mencintaiku dengan dahsyatnya..?

Disini aku ditempa utk menjadi dewasa,agar aku bijak menyikapi sebuah khidupan dan bersedia mndampingimu kelak..

Meskipun kadang keluh dan putus asa menyapa,namun kini kurasakan diri ini lebih baik..

Kadang kala aku tertanya2 mengapa ALLAH selalu mengujiku tepat dihatiku . .

Bagian terapuh diriku namun kini aku tahu jawapannya..

Allah tahu dimana tempat yg plg tepat agar aku sentiasa kembali mengingatiNya..

Ujian demi ujian, insyaALLAH..

menjadikn aku lebih baik,sehingga saat kelak kita bertemu dan kau bangga telah memiliku di hatimu..

Calon suamiku..

Entah dimana dirimu sekarang..

Tapi aku yakin ALLAH juga mencintaimu sebagaimana dia mencintaiku. .

Aku yakin dia kini sedang melatihmu menjadi seorg mujahid hingga aku bangga memilikimu kelak..

Apa yg kuhrp darimu adalah kesolehan,semoga sama halnya dgn dirimu..

Kerana apabila kecantikan yg kau hrpkan dariku,hanya sia2 yg akan kau dapati..

wahai calon suamiku..

Saat aku masih menjadi asuhan ibu bapaku..

Doaku agar mnjadi anak yg solehah ..

Agar kelak dpt mnjadi tabungan keduanya di akhirat . .

Namun nanti,setelah mnjadi isterimu,aku berharap mnjadi pendamping yg solehah..

Agar kelak disyurga cukup aku mnjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yg soleh..

Aku ini pencemburu..

Tapi kalau ALLAH dan Rasullulah lebih kau cintai drpdku aku rela..

Aku brharap begitu juga dirimu..

Aku yakin kaulah yg kuperlukan,meski nanti kau bukanlah org yg kuharapkan..

Calon suamiku yg dirahmati ALLAH..

Apabila tiba saatnya..

Takkan kunamainya dgn saat yg derita..

Kerana disitulah markas dakwah kita..

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita..

Bantu aku utk bersama mendidiknya dgn harta yg halal,ilmu yg bermanfaat. .

Terutama dgn menanamkan pada diri mereka ketaatan kpd ALLAH..

Bunga akan indah pada waktunya . .

Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman..

Maka kini telah kupersiapkan diri ini sebaik2nya,bersiap mnyambut khadiranmu dlm khidupanku..

Kini aku sedang belajar mnjadi yg terbaik..

Calon suamiku..

Inilah sekilas harapan yg kuukirkan dlm rangkaian kata..

Spt kata org tidak semua yg dirasakan dpt diungkap dgn kata2..

Itulah yg kini kuhadapi . .

Kelak saat kita sdg bersama maka,disitulah kau akan memahami diriku..

Sama halnya dgn diriku yg akan belajar memahami dirimu..

Bersabarlah calon suamiku..

Doaku selalu agar ALLAH memudahkan jlnmu mnjemputku sbg bidadarimu..

Semoga ALLAH selalu mnjagamu..

Agar tak tersentuh yg bukan mahrammu..

Meski hanya sehujung kuku..

Agar kau dapat mmpersembahkan dirimu untukku..

Spt halnya aku yg ingin mmpersembahkan diriku hanya utk dirimu..

Aku mencintaimu kerana ilmu yg ada pada dirimu..

Semoga Allah meredhai kehidupanmu dan semoga Allah mempertemukan kita dalam pertemuan yang abadi..berkekalan hingga ke syurgawi..

InsyaALLAH..

Wasalammualaikum..

PS: Perkongsian daripada Nota Sahabat, Rabiatul Adawiyah..

Sunday, April 10, 2011

Thoughts To Remember

Sunday that i am having now is quite different from usual routines i always do.

This once in a moon opportunity i try to pack in a lot of beneficial things. Realizing there are several TIME magazines i haven't read yet, then Alhamdulillah Allah has given me ample time to finish up reading all those materials. Just to improve and enhance knowledge in everything Allah Knows the best for me.

One of the topics highlighted in the magazine is about Go Ahead-Cry at work.. telling the readers how emotions affect ourselves being at workplace.

I am quite surprised and wondered why did the writer come up with this topic? Didn't she think that it's normal when people could never be seperated from own feelings?

The emotions i mean here such as anger, frustration, fear, anxiety and many more..

I was quite shocked when the writer wrote "...there are no clear protocols about emotional expression in the office".. saying that, are we a robot?, sensing nothing whenever we get scolded by anyone in the workplace or no response if our words did not meet our expectation?

For me, i agree when it says that "when someone gets emotional in the workplace, it makes the person seem more human".

Ha ha . . Maybe because i would also in the same situation as if my students did not do any tasks i had given them earlier, my temper would definitely rise.(However, most of the time i will try to get over the temper first)

We are just human being. Imperfect. Plus, showing the emotions should not be judging as signal of unprofessionalism or weakness. The issue is just....

How do we cope with those such feelings?

For example, a nice teacher sobbing after entered her class.. a disciplinary teacher gets temper with his students.
 
Therefore, when we meet people who express their feelings physically, let's try to understand their circumstances first.

Dont be too hurry judging them this and this.

Do listen and slow talk to them.

Once they have finished with theirs, show your love attitude. Give pleasant advice if necessary.

If we are the person who experincing it, then the first foremost is to be calm down. Release the feelings without letting others hurt.

Here, a good muslim should know well in handling himself/herself against disturbing times off him/her.

Learn to express of anger, frustration or sadness by equipping yourself with sense of control over the situation. Surely, we can avoid many terrible things from happening.


Lastly, i like this quotation taken from hadith saying:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Oleh itu berpegang teguhlah pada tiap-tiap kebajikan yang akan memberi manfaat dan mohonlah pertolongan kepada Allah "                                                                                                                               
                                                                                   
                                                                            -Hadith Riwayat Muslim

PS: Have a wonderful weekends dear.. ;)

Tuesday, February 15, 2011

Titipan Buat Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu.

Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

P/s: Tertarik dengan artikel ini. Diambil daripada http://www.iluvislam.com/

Wednesday, November 17, 2010

Azimat Hati

Sebuah perkongsian yang ana dapati daripada sahabat melalui blognya www.kembaracintaku.wordpress.com

Imam Hasan Al-Banna telah menyatakan :
“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak.”

Allah swt berfirman :
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu.”
(QS Al-Ahzab : 21)

———–
Rasulullah saw telah memberi kemudahan dalam hal ini seraya bersabda ;  “Sampaikan dariku walau hanya satu ayat!”
Allah swt berfirman :  “Katakanlah (kepada manusia dengan) perkataan yang benar.” 
Rasulullah saw telah bersabda :  “Bersikap lunaklah kepada manusia dan bersabarlah bersama mereka!”
Sebuah syair bertutur :  “Barangsiapa memiliki “rasa” Islam, ia memahaminya.
Barangsiapa memahaminya, ia bangkit dengan Rabbnya sebagai tebusan.”
——————
Ada sebuah kisah di mana ada seorang lelaki yang diberi julukan “Al-Mustami’ “ (pendengar) kerana ia bergaul dengan para aktivis dakwah yang lain hanya sebagai pendengar setia sahaja.  
Namun setelah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki, semua anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjadi aktivis dakwah yang aktif. Mungkin ini merupakan balasan yang agung sehingga Allah swt membuka pintu hatinya.

Kita mesti sentiasa merenungkan ungkapan Rasulullah saw ketika dilemparkan batu oleh penduduk Tha’if, hingga kedua tumit beliau berdarah. Beliau tetap tabah dan terus berdoa.

Lalu datanglah Jibril kepada Rasulullah saw seraya mengucapkan salam dan berkata :
“Wahai Muhammad, Allah mengucap salam dan berpesan untukmu. Seandainya engkau mahu, aku akan timpakan dua gunung di Makkah ini kepada mereka!”

Rasulullah saw menjawab, “Tidak! Semoga Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah!”

Hadits ini mengandungi pengertian yang mendalam, kerana Rasulullah saw menganjurkan kita tentang satu pelajaran yang amat agung, iaitu bahawa sikap optimis seseorang pendakwah lebih luas daripada batas-batas keduniaan ini.

Allah swt berfirman :
“Semoga Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Mumtahanah : 7)
————
Apabila tujuannya tidak tercapai dan tidak mampu menembusi hati manusia melalui cara ini kerana setiap orang mempunyai keadaan berbeza yang tidak diketahui kecuali oleh Allah swt, maka ia mesti ingat firman Allah swt :  “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki- Nya.” (QS Al-Baqarah : 272)
————
Begitu lama pendakwah itu merenungkan perkataan “man ahbabta” (orang yang kamu cintai), sehingga akhirnya menyedarkan dirinya bahawa :  
1. Cinta yang mendalam bukan penyebab datangnya hidayah.

Tetapi

2. Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.

Seorang pendakwah yang mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan seperti yang disebut di atas tidak akan kembali lagi kepada orang yang sama.

Sebaliknya, ia akan mempelajarinya untuk beberapa waktu dan dia akan menilai kembali perkara tersebut bersama rakan-rakan pendakwah yang lain, setelah membekalkan diri dengan berbagai pengetahuan tentang :
a. Karakter.
b. Situasi.
c. Lingkungan.

Boleh jadi, sebahagian waktu lebih menguntungkan dari sebahagian waktu yang lain; atau sebahagian keadaan lebih menguntungkan daripada sebahagian keadaan yang lain.

Ramai orang yang memiliki keadaan peribadi tertentu yang membuatnya tidak mudah terbuka, tetapi setelah beberapa waktu berlalu, keadaannya berubah dan Allah memudahkan urusan serta membukakan hatinya.

Maka, kita sebagai seorang pendakwah tidak boleh bersikap tergesa-gesa ketika hendak memutuskan hubungan dengan seseorang, apalagi terhadap seorang objek dakwah.

Kita wajib memahaminya sehingga tidak terjebak dalam sikap putus asa dan mudah memutuskan hubungan.
Satu perkara lagi yang perlu diperingatkan kepada para pendakwah adalah :
“Penampilan seorang pendakwah mesti berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan keadaan”.

Maka seorang pendakwah tidak boleh bermuka masam dan menarik muka sewaktu menghadapi seseorang, tetapi perlu berwajah ceria ketika menghadapi orang lain. Bahkan ia seharusnya sentiasa berlapang dada dan ceria sebagaimana sebuah pepatah :

“Carilah kebaikan di saat wajah sedang ceria”.

Sesungguhnya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah, kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik.

Allah swt berfirman :
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?” (QS ‘Abasa : 1-4)
moge bermanfaat…..islam itu cara hidup..
maka ACTION!..bergeraklah..nasihatilah..tegurilah..
kerana Allah aku disini!