Tuesday, October 26, 2010

Dambaan Tulus

Hati bahagia malam ini.

Ada banyak perkara yang menggetarkan hati ini. Perlu sentiasa kekuatan untuk menghadapinya.

Mahu tips?

Bagaimana menghadapi ketakutan?

Hadapi ketakutan itu dengan hati yang benar-benar bersedia. Katakan, apapun yang berlaku, diri tetap akan bersangka baik dan mendoakan sentiasa yang terbaik.

Jangan pernah cuba mengelak atau melarikan diri.

Alhamdullillah, itulah yang ana lakukan setiap kali memasuki dunia maya Facebook. Kerana diri sentiasa hadir dan muncul, pergi dan mengundur diri dengan tangan kosong. Kecewa dengan diri.

Muhasabah diri kembali. Mungkin selama ini, ana seorang yang jarang mencurah cinta dan kasih, maka ana sendiri tidak mendapatnya. You get what you give. What goes around, comes around.

Alhamdullillah ana bersyukur dengan ujian ini. Ana terima "tempias" cinta Illahi ini dengan redha. Pada masa yang sama, ana juga memperbaiki diri.

Yeah, i am really into the process of mending inside of me. I really wanted to be the BEST of me.

Bahagia menyelubungi diri tatkala, ketakutan ana selama ini berjaya ditumpaskan.

 Takut? Mengapa?

Disebabkan dengan kedatangan dan pemergian ana dengan tidak memberi apa-apa kepada orang lain (tangan kosong). Akhirnya, ana melakukan sedikit perkara iaitu, sangka baik dan mendoakan kebaikan sesiapa jua yang ana temui di alam maya itu dengan kebaikan dan cinta buatnya. Ana bawakan dan tinggalkan dengan sedikit bekalan silaturahim dan ingatan tulus buat dirinya.

Buat sahabat dan adik-adik ana yang amat disayangi..

Diriku yang bernama Nurhaizah.. MENCINTAI DAN MENYAYANGIMU.

Kerana, inilah sekeping hati yang sentiasa cuba-cuba untuk menggapai cinta daripada Illahi.

Moga terus subur, tumbuh mengakar dan mencengkam kuat di segenap hati. InshaAllah

P/S: Buat Santi yang disayangi, bersabarlah. Tabahkan hatimu.  Pasti Allah SWT sedang membelaimu kini dengan curahan sedikit kesakitan dan kepayahan. Bersabarlah ya... Moga kesabaran dan ketabahanmu menghadapi ujian hidup ini akan dibalas dengan kebaikan yang tidak terhingga hanya KEBAIKAN milik ALLAH SWT.. InshaAllah

3 comments:

  1. Khas buat Santi.. Allah knows better

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,terima kasih wahai sahabatku kerana mingingatkan diri ini dengan kata-kata semangatmu yang mendalam maksudnya itu...kita mampu bersabar..yakin dengan ketentuanNya...pasti ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah.. kerana dirimu begitu berharga..

    ReplyDelete