Saturday, November 20, 2010

Cetusan Ingatan

Alhamdulllillah ana kini disamping keluarga di Kota Belud. Suatu kebersamaan yang memang diingini selama ini. Kesibukan dengan pelbagai komitmen ada kalanya, masa bersama keluarga sangat terhad. Maka, ternanti-nanti peluang yang akhirnya muncul jua.

Syukur kepada Allah SWT.. keluarga ini diserikan dengan kehadiran anak kecil bernama Mohd Fiz Najuan. Genap berumur 10 bulan ketika entri ini ditulis.

Agak cemas juga petang ini. Seketika ana turun sambil-sambil ingin menjengah telatah si kecil Najuan. Ibunya (kakak ana) kelihatan risau sekali. Najuan tidak berasa sihat sejak kelmarin. Badannya panas.

Sebentar tadi, ibu mengarahkan adik lelaki segera menghantarnya untuk menjemput nenek untuk “menenangkan” keadaan Najuan yang semakin demam.  Ibu memang begitu. Lebih sukakan khidmat tradisional. Ikhtiar nenek untuk merawat demam panas yang mengikut fahaman orang-orang dulu.

Sungguh bertuah anak kecil ini. Sangat dikasihi, disayangi dimanja-manja oleh semua anggota keluarga . Ana jua sangat menyayanginya.

Kegembiraan yang dihantar Allah melalui kehadiran Najuan. Teletah yang benar-benar mencuit hati. Penyejuk mata & hati. Mudah tersenyum. Membuatkan kami seisi keluarga ceria dengan kehadirannya. Selama ini jarang-jarang ana ternampak ketawa ceria bapa..mendengar ungkapan “sayang” daripada ibu.

Bagaimana ana sendiri menjadi saksi manifestasi dan bukti kami sekeluarga menyayangi Najuan. Adik-beradik ana yang sanggup berpenat lelah, mencipta berbagai jenis lawak yang memenatkan mereka semata-mata ingin melihat Najuan tertawa. Dan Najuan pula, seperti memahami  niat sebenar makcik pakciknya. Kdang-kala ana merasakan dirinya memaksa diri ketawa dengan segala karenah mereka disekeliling yang menjadi penghibur dirinya. Tidak mahu mengecewakan orang disekeliling.

Jarang sekali melihat dirinya bersendirian, sepi tanpa panggilan manjanya “Fiz, Fiz.. Pipis… Ipis…”,


Tidak lekang belaian, sentuhan, ciuman, pelukan kerana sayang kepadanya. Beruntung sungguh.

Dikelilingi orang-orang yang menghargai kehadiran dirinya.

Masih menunggu khidmat nenek tadi, ana tidak sanggup lagi melihat badan Najuan yang semakin longlai. Tidak henti-henti tuala dibasahkan. Dituam kepalanya yang panas. Segera meminta ibunya menghantar Najuan dibawa ke Hospital. Mujur bapa berada dirumah. Segera Najuan dikejarkan ke Klinik.

Paparan kisah kasih ini membuatkan ana berfikir.

Berfikir tentang,..

Kita akan sentiasa membuat yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.

Sanggup berkorban apa saja.

Jika Najuan sedang kesakitan, pasti mahu saja ibunya menggantikan dirinya. Menanggung kesakitan itu.

Namun,

Persoalan buat kita semua.

Jika diminta menyenaraikan orang-orang yang paling kita sayang.. agak-agak siapa diantara top 3, top 10 diantara mereka?

Moga-moga Pencipta Yang Maha Esa menduduki kedudukan Pertama dalam senarai itu.

Kerana Hanya DIAlah YANG PALING BERHAK tempat kita mencurahkan Cinta. Banyak-banyak orang yang kita sayang, sepatutnya tidak mampu menandingi cinta kita Kepada Allah SWT.

Mengapa?

Segala kurniaan nikmat dan rahmat

Setiap yang ada dilangit dan di bumi. Bermula dengan kelahiran kita.. daripada bayi.. kanak-kanak dan menjadi dewasa. Melalui pelbagai pengalaman dan ranjau sehingga kita kembali kepada Pencipta sedikit masa lagi.

Siapakah yang mencipta semua ini?

Siapa yang mengadakan rasa sayang ini?

Setiap benda yang kita miliki.. dari manakah asal-usulnya?

Melainkan semuanya adalah ciptaanNya. MilikNYA.

Hanya orang yang sombong sahaja yang mengaku melulu bahawa dia adalah pemilik mutlak segala yang dimiliki.

Dan..

Segera teringat dengan sebuah ayat cintaNYA yang berbunyi,
“Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan amal-amal yang kekal lagi baik, lebih baik pahalanya di sisi TuhanMU, dan lebih baik menjadi harapan.”

                                                                                (Surah Al-Kahfi: 46)

Begitulah yang difirmankan dan diingatkan kepada kita bahawa apa saja seisi dilangit dan dibumi. Yang indah, yang menggembirakan semuanya tidak ada yang lebih baik melainkan amal soleh kita buat bekalan untuk akhirat kelak.

Apa saja di dunia ini adalah ujian sebenarnya.

Ya.. anak-anak kecil yang comel yang amat disayangi juga adalah ujian.

Harta dan kekayaan adalah ujian.

Oleh itu..

Bagaimana kasih dan sayang kita kepada Allah SWT?

Adakah kita jua sanggup berpenat lelah untuk Allah SWT?

Masihkah ada perasaan tidak sabar berjumpa dan menatap Wajah Allah SWT sebagaimana kerinduan kita untuk menatap orang yang disayangi?

Sentiasakah Kalimah nama-nama indah Allah SWT meniti di bibir kita sebagaimana tidak henti-henti kita bercerita atau memanggil-manggil nama orang tersayang itu?

Apakah kita sanggup bergadai nyawa kerana cinta kepada Allah SWT?

Masihkah ada kerinduan dan cinta yang amat mendalam buat YANG PALING BERHAK Allah SWT?

Siapakah Yang mengurniakan kita perasaan kasih dan sayang.

Mengapa tergamak berpaling daripada Kekasih Yang Agung?

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maha Pengurnia Maha Pemberi

Maha Pemurah Maha Penyantun

SubhanaAllah SubhanaAllah

Indahnya hidup mencintai Allah SWT…