Wednesday, May 23, 2012

Wanita Semasa Harapanku


Bismillahi rahmani rahiim...

Assalamua'laikum wbt..

Didoakan sahabat-sahabat yang sedang membaca entri ana kali ini sentiasa tenang, sejahtera, bahagia dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan amal.

Ana adalah wanita, hamba Allah yang sentiasa inginkan suasana yang aman damai, tenang dengan persekitaran yang hanya baik belaka.

Hakikatnya, agak payah bagi kita mengekalkan keadaan sedemikian kerana suasana persekitaran adalah manusiawi duniawi yang serba serbi dengan karakter yang berbeza berwarna-warni : Baik, menggembirakan, mengecewakan, membosankan, menakutkan, membimbangkan dan pelbagai gambaran lain yang sahabat2 boleh kongsikan.

Jika ditanya  adakah kita inginkan kedamaian dan bahagia semata, sudah tentu kita menginginkannya sentiasa bukan?

Namun, realiti yang perlu ditempuhi setiap hari beraneka macam tarikan, peluang, dan ancamannya.

Bakal menginjak usia 27 tahun, ana sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Pasti, dengan sebegitu banyak nikmat yang Allah SWT berikan, kalimah dan sujud syukur mungkin tidak pernah mampu membalas segala dan sejumlah kurniaan, rezeki, anugerah, pemberian, hidayah, taufiq yang Allah SWT hadiahkan.

Namun, sedarkah kita? Bersyukurkah kita? kepada Allah SWT akan setiap pemberian dalam bentuk masalah, musibah, reka-bentuk ujian yang begitu "kreatif" dititipkan kepada kita setiap hari?

Terus Mendidik

Bergelar pendidik yang baru memasuki 2 tahun 5 bulan, ana diberi peluang berdepan dengan anak-anak muda, remaja.  

Dan yang seringkali membimbangkan hati ini ialah cinta dan perasaan mereka yang bergelar remaja perempuan (teenage girls).

Kelmarin ana menjaga peperiksaan, subjek bahasa inggeris di satu kelas. Dipendekkan cerita, ana terperasan tingkahlaku salah seorang pelajar lelaki di kelas itu. Ana biarkan seketika. Dua tiga kali ana memandang kepadanya, seakan-akan sesuatu yang mencurigakan. 

Ana biarkan lagi.

Langkah diatur, perlahan-lahan berjalan di antara ruang yang memisahkan mereka di antara yang lain, mendekatkan diri kepadanya..... dan...

Tangkasnya dia, 

Malangnya ana dapati handphone kelihatan di dalam poket seluarnya. Kantoi!

Ana mengambilnya.

Cuba memaafkan pelajar ini. Ok.. "tak apa, saya akan kembalikan selepas menasihatinya sebelum balik nanti...." (Kerana pelajar ini kelihatan baik-baik saja, pakaian bersih dan kemas. Rekod disiplin juga baik.)

Ana kembali ke tempat duduk guru, meneruskan pembacaan.

Kebetulan kelas sebelah adalah kelas yang ana ajar. Maka, terfikir hendak melihat mereka menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 2 pagi itu. Ana masuk melalui pintu belakang.  

Guess what?

Pelajar ana, a girl, sedang memegang handphonenya. Hmm ok..

Ana mengambilnya. Memeriksa handphone tersebut. 1 sms diterima. Ana membukanya. Mesej dari Boyfriend. Ayang VS Abang. Baiklah. 

Marah? Bimbang? Geram? 

Ana sabarkan hati seketika.

"Maafkan lagi?" Ana berkira-kira.

Tamat masa menjawab, ana membawa diri ke bilik guru. Belum pun sempat duduk lama, 2 orang pelajar datang menghampiri. Mengadu ada beberapa pelajar membawa hp. Kali ini pelajar tingkatan 3.

Nampaknya, hari tersebut ialah hari yang ditakdirkan ana membuat spot-check hp di salah satu kelas tingkatan 3. Dan, 3 buah hp berjaya dirampas menjadikan 5 hp kesemuanya. Salah satu daripadanya sedang menunggu balasan daripada ayangnya. Sekali lagi SMS CINTA daripada pelajar perempuan.

"Maafkan?"   Ana cuak dan berazam "tidak mungkin!"

Hari ini, kebimbangan tersebut berterusan apabila ana memanggil tiga orang pelajar perempuan yang sebelum ini escaped from my class. (Sesi kaunseling dimulakan)

Paling menyedihkan, mereka ini juga sedang kemaruk cinta dan keadaan mereka sangat menyedihkan.

Apabila mabuk cinta, segala-galanya seperti terabai. Daripada penampilan luaran, tudung hingga ke kasut, serba tidak kena - menyesakkan hati ini. Dari dalaman mereka, wallahu'alam. Apakah mereka tenang kerana iman?

Hati ini benar-benar gusar, bimbang ke manakah haluan gadis-gadis remaja kini?

Keseronokan bercinta dek kerana nafsu?

Inginkan belaian dan bukti kasih sayang dari pasangan?

Apa masih ada anggota dan pacaindera badan yang masih gah suci daripada noda-noda tangan si bukan muhram?

mencalit kepadanya

Itukah bukti cinta?

Apakah nilai cinta seumpama itu?

Adakah nikmatnya akan berkekalan dengan kesudahan yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah anugerah dariNYA?

Kaunseling itu berakhir dengan seruan istighfar dan mohon kepada ana dan mereka agar mempersembahkan solat sunat taubat sesegeranya kepada Yang Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.

Wanita Semasa Harapanku

Betapa ujian dan mehnah bergelar wanita zaman terakhir ini penuh dengan jalan-jalan berduri.

Cantiknya, indahnya wanita dengan hadiah fitrah Illahi

Andai benar didikannya, pegangannya teguh menuntun fitrah tersebut

Wanita Solehah Hiasan Dunia Pasti Menjadi Realiti

Di tengah-tengah fitnah dan kesongsangan 

Jangan 

Jangan

Semudahnya ia menjadi perkakas dan senjata kepada fitnah

Lembut hati terusik dengan bisikan cinta?

Bagaimanakah dirimu membalas usikan dan bisikan itu? 

Di mana Allah dalam hidupmu? Bagaimana dirimu menyantuni ujian perasaan seumpama ini?

Dalam setiap kata-kata ingatan, nasihat yang keluar dari ana, moga akan menjadi kekuatan untuk menepis setiap kejahatan, tipu daya, muslihat, kemaksiatan, kemungkaran, fitnah, zina keaiban asbab kebejatan nafsu ana ataupun orang lain.

Wanita Semasa, betapa sentiasa memerlukan stamina Tarbiyyah yang mengakar kuat!

Benar aqidahnya,

Teguh iman dan taqwanya,

Kukuh prinsipnya,

Redha Illahi Pujaan hatinya,

Mulia cara hidupnya,

Memikat akhlaknya,

Mempesona budi bahasanya,

Terang mata hatinya membezakan yang benar dan palsu,

Mantap ilmu dan kefahamannya,

Sejahtera pacaindera dan akalnya.

Walau dirinya bukan wanita semasa sempurna

Namun, 

Dia

Berazam dan bersungguh-sungguh

Memperbaiki

Memperhebat

Memperkasa

Peribadinya ke arah Karakter Wanita Solehah

Pasakkan pada dirimu

Wahai Wanita

Kerana ku sayangi Ku Kasihi,

Keluargaku,

Teman dan sahabatku, 

Semua wanita

Kerana kaulah harapanku sentiasa

Untuk memperbaiki keadaan umat zaman ini..

Wallahu'allam..