Saturday, July 30, 2011

Ramadhan "Bulan Maduku"

Alhamdulillah selamanya syukur kepada Allah SWT dengan kesempatan ABIM Kota Belud selesai dengan perkongsian ilmu bertajuk "Ramadhan: Ku Nanti Kedatanganmu" disampaikan oleh Saudara Mohd NurHilmi Milus, Setiausaha ABIM Negeri Sabah.

Banyak input-input yang dikongsikan  mengenai Ramadhan - Ibadah puasa, Sejarahnya, Fadhilat & Kelebihan dari sudut rohani dan kesihatan sehingga kepada tips-tips menjadikan ramadhan seistimewa bulannya. Moga perkongsian ini mendapat manfaatnya dan menambahkan lagi penghayatan kita dengan serba-serbi setiap ibadah dengan gandaan ganjaran ditawarkan. Maka, terpulang kepada kita untuk menggerakkan badan, hati dan fikiran untuk berlumba-lumba memperolehnya.

"Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi", biasa kita dengar tatkala munculnya bulan Ramadhan.

Tanyalah hati,

Benarkah hati benar-benar rasa tidak sabar akan kedatangan Ramadhan?

Mengapa ditangisi pemergiannya?

Meraih kemanisan iman, merai TAKWA daripada Maha Berkuasa..

Takwa, hasil daripada mujahadah kita mendidik godaan nafsu, menundukkan kehendak hati yang sering ingin melayan apa yang dikatakan menjadi kebiasaan dalam kehidupan..

Dalam lapar dan dahaga,

Hati kotor dengan segala penyakit hati seperti kedekut, mudah marah, malas, sangka buruk, dendam, benci
bersarang di hati selama ini,

Apabila puasa difahami dengan baik, 

Doa, istighfar, solat, sedekah, mendampingi perkara yang baik dan dipandang mulia

Bermulalah proses Ujian ketahanan iman: Segala teruji, minda, akal, hati, tubuh badan.. budi bahasa

30 hari menempuh Ujian dan Latihan, nantikan apa yang terbina selepasnya?

Takut kepada dosa?

Menyegerakan amalan fardhu?

Cinta kepada Tadarrus dan Tilawah Quran?

Ringan hati memberi?

Kesungguhan dengan setiap kecil zarah amal kebaikan, mudah-mudahan itulah TAQWA.

Apa saja yang dilakukan, umpama menempuh jalan yang penuh duri. Penuh waspada melangkah dengan hati-hati.

Kerana rasa kekerdilan dan hamba kepada Allah SWT

Kerana rasa harap dan takut KepadaNYA

Kerana rasa rindu dan cinta

Dirasai dengan hebat sepanjang Ramadhan

Bukan semata-mata dengan ganjaran

Tetapi Allah SWT memilih kita

Dianugerahkan rasa nikmat yang luarbiasa jauh mencengkam dan mengakar di sanubari..

Itulah ingin Takwa.

Mari sedarkan diri. Bina Benteng Perisai TAKWA..

Ramadhan ditangisi, tatkala Puasa yang sempurna dilaksanakan berjaya menyuntik semangat dan wangian kebahagiaan dan kesejahteraan dihati, seperti tidak diraih di bulan-bulan yang lain. Sedih berpisah kerana dengan nikmat mujahadah menerbitkan bait-bait rindu pada suatu perjuangan yang jarang disedari, Jihad hawa nafsu yang terlalu acap kali melekakan diri. 

Sesungguhnya, hanya mereka yang beriktiqad dengan iman yang benar dengan kualiti taqwa yang sebenarnya sahajalah yang boleh merasai nikmat bulan madu di bulan ini.

Mahukah kita merebut pakej Bulan Madu ini?

Ana akhiri edisi ini dengan nukilan ayat-ayat CINTANYA yang berbunyi

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu: Mudah-mudahan kamu bertakwa.." (Al Baqarah: 183)


JOM IMARAHKAN IMAN KITA sepanjang bulan suci ini....