Wednesday, July 27, 2011

Islam Agamaku


Alhamdulillah Allah SWT mengurniakan kesempatan dan kekuatan hadir ke Seminar Islam Agama Risalah Sempena Ijtima’ Haraki Pertama ABIM – WADAH Sabah 2 Julai yang lalu.

Ana ingin berkongsi tentang beberapa input yang didapati daripada Ucaptama Seminar ini yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Osman Bakar bertajuk “Islam Sebagai Agama Risalah Dalam Kontek Alam Melayu."

Mukadimah

Memetik mukadimah beliau “Pada zaman sekarang, banyak orang yang mengakui dirinya islam tidak membaca al-Quran, malah jauh sekali daripada dapat memahami isi kandungannya. Mereka ini tidak membacanya samada kerana mereka tidak tahu berbuat demikian atau pun kerana mereka malas. Biar apapun sebabnya, mereka ini merupakan sebilangan besar daripada masyarakat Islam yang sama ada jahil sama sekali atau samar-samar terhadap kedudukan dan peranan Islam sebagai agama risalah.” 

Sesungguhnya, keyakinan bahawa Islam sebagai agama risalah yang perlu disebarkan tidak mampu dicapai melainkan memahami  isi kandungan Kitab al-Quran yang menerangkan tentang kebenaran Islam itu sendiri.  Maka, adakah kita telah ataupun dalam usaha untuk memberitahu tentang risalah-risalah yang terkandung di dalam al-Quran yang kita yakini? Atau masih dalam kesamaran tentang apakah risalah-risalah yang dimaksudkan?

Benarkah kita tergolong dalam mereka yang acuh tidak acuh mengasah kefahaman mengenai hidup beragama islam, sekaligus malas mencari sinar kebenaran yang tetap berpegang teguh?

Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam, berkaitrapat dengan risalah-risalah yang perlu disebarkan.

Risalah bermaksud perutusan atau mesej, dakwah atau seruan, tabligh atau misi, perhubungan atau komunikasi, dan edaran. Sekaligus, makna ini bertepatan dengan makna yang dimaksudkan Islam sebagai agama yang memberi mesej, perutusan, misi.

Makna teras risalah ialah perutusan atau mesej. Ajaran agama islam yang terkandung dalam al-Quran merupakan perutusan atau mesej daripada Allah kepada manusia. Setiap ayat al-Quran merupakan perutusan, pesanan atau mesej illahi kepada seluruh umat manusia.
Pastinya, risalah-risalah itu merupakan peringatan yang sangat mustahak, perlu disampaikan kepada umat manusia, peringatan ke arah kehidupan yang sejahtera. Menjalankan tugas dwifungsi sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Perlu kita ketahui bahawa Allah SWT melantik malaikat bernama Jibra’il sebagai penyampai utusan kepada manusia. Allah SWT melantik Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul terakhir menyampaikan perutusan illahi yang sebelumnya dipikul oleh Rasul dan Nabi yang lain.

Mesej Tauhid, MengEsakan Allah SWT: Mempersaksikan bahawa ALLAH SWT sebagai tuhan, tidak ada lain selainNYA.

Rasullullah S.A.W merupakan Rasul terakhir, al-Quran kitab suci terakhir Allah kepada manusia dan agama islam adalah agama terakhir daripada Allah kepada manusia. Rasulullah sudah meninggalkan kita, namun tidak bermakna risalah islam akan terhenti peranannya. 

Kitalah yang berkewajiban, bertanggungjawab dalam menyebarkan islam dan menghayati peranan agama islam sebagai agama risalah. Perutusan al-Quran adalah perutusan terakhir Illahi kepada manusia, maka menjadi kewajiban orang islam untuk menerangkan perutusan ini kepada seluruh umat manusia.

Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan. Segala permasalahan yang meracuni kehidupan daripada hati sehingga kepada kehidupan bermasyarakat, ekonomi, sosial, politik terungkai apabila mesej-mesej yang dibawa oleh islam diaplikasikan dan dihayati.

Risalah-risalah ini sentiasa perlu menjadi siulan di bibir, tertegak di hati, terserlah dalam setiap tindakan. Apa saja isu atau anasir yang hadir dengan fitrah perosaknya, islam sebagai agama rahmat penyelesai paling moden, paling semasa yang sentiasa relevan merentasi setiap corak zaman dan liku-liku kehidupan.

Walaubagaimanapun, Allah menjanjikan ujian-ujian dan mehnah kepada hamba-hambaNYA.

Kezaliman, kerosakan, kepincangan akhlak, kepalsuan, kejijikan yang berlaku masa kini sepatutnya mendesak tuntutan supaya kita sebagai orang islam beriltizam dan kembali ke medan perjuangan, mengupayakan setiap lima nikmat sebelum datangnya lima perkara yang merugikan.

Sebarkan risalah yang terkandung dalam al-Quran kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan saudara mara kita, rakan-rakan dan kepada orang lain. 

Kita menginginkan kembali kegemilangan Islam sepertimana yang direalisasikan oleh rasulullah tercinta, Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda iaitu kedudukan umat islam yang kukuh, disegani dan dihormati. Namun, di mana jalan menuju kegemilangan ini?

Syarat kejayaan ini ialah berlakunya perubahan hakiki pada diri kita sendiri

Ya.

Suatu perubahan yang berupa anjakan kejiwaan dan kerohanian yang memperlihatkan peningkatan iman, ilmu dan amal, peningkatan akhlak dan peningkatan perjuangan untuk memperkasakan umat islam. Perubahan dalaman ini jika diusahakan secara beramai-ramai oleh ahli-ahli sesuatu kaum akan melayakkan kaum itu mendapat pertolongan Allah dalam mengubah nasib mereka ke martabat yang lebih baik dan yang lebih dihormati.

Allah menyebut di dalam Surah Ar-Rad, ayat 11
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah dahulu keadaan diri mereka sendiri”

Pasti sesiapa jua mahu berjaya di arena dunia dan kekal abadi di akhirat kelak. Namun, cara hidup kita perlu sentiasa di awasi dan dimuhasabahkan, adakah melalui cara hidup yang diredhaiNYA?.

Kerana, kita tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat menurut kriteria kejayaan yang telah ditetapkan di dalam al-Quran sekiranya kita tidak akan mendapat pertolongan Allah SWT. Tetapi, kita tidak akan mendapat pertolongan Allah sekiranya cara hidup kita, kepercayaan dan amal perbuatan kita tidak direstui dan diredhaiNYA. 

Kejayaan ini adalah janii Allah SWT, dengan syarat yang perlu dipatuhi. Syarat-syarat wajib yang disebut di atas telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, merupakan sebahagian daripada hokum-hukum alam keruhanian atau sunnatullah yang menurut al-Quran tetap kekal tanpa berubah-ubah. Allah menegaskan dalam firmannya dalam surah Al-Ahzab ayat 62
“ Sunnatullah berkuatkuasa di kalangan mereka yang hidup dahulu sebelum kamu. Tidak sekali-kali kamu dapati perubahan pada sunnatullah.”

Kita mungkin mencari tips bagaimana mencari kekuatan sehingga menjadi pendorong kepada diri untuk terus konsisten dalam perubahan kepada insan yang lebih hebat.

Kunci kekuatan umat yang akan membawa kepada kejayaan dan kemenangan berakar-umbi daripada kekuatan diri individu yang berpunca daripada tazkiah jiwa iaitu pembersihan hati dan jiwa. Kekuatan dalaman ini akan memancarkan sinar kekuatan melalui gerakan atau aktiviti-aktiviti menyampaikan risalah islam ini.

Maka, persiapkan diri. Sertai jemaah dan saling bekerjasama memperkuat ukhuwwah dan gerakan.

Monday, May 30, 2011

Hati Hati Kita

Cuti sekolah muncul lagi.. 

Dakwah.. jangan mengharap hasilnya dapat segera

Allah SWT menguji hambaNYA dengan pelbagai

Lakukan sesuatu agar bertambahnya usia selari dengan kematangan dalam bergerak

Maknanya, ilmu, keberanian, pengalaman sentiasa seiring

Meluaskan ukhuwwah dan networking

Bergeraklah

Tanpa mengharap kepada orang lain untuk bergerak berubah dahulu

Lakukan sesuatu

Lakukan sesuatu

Walau kudratmu tidak sekuat yang kau upayakan

Terus melangkah

Memburu redhaMU 

Usah menunggu lagi

Usah banyak berfikir

Jika

Akhirnya..

Kau akhiri dengan 

Fikiran buntu

Langkah terkunci selamanya

Batin menjerit 

Tekanan berpanjangan

Yang ada

Sangka buruk

"Dia yang salah",  "Dia tak buat kerja", "Dia selalu tak datang usrah".

Dengan riak

"Aku jaa yang buat semua", "Aku ja yang datang usrah".

Bila lagi anjakan paradigma dilakukan

Agar keluar dari zon ini....

Ana...

Minta tolong kepada semua..

Agar kita berkumpul kembali

Berbincang

Berkongsi

Berfikir, bermuhasabah, bekerjasama

TANPA

Mengharap atau menunggu orang lain untuk berubah dahulu

Tolonglah..... Tolonglah....

Kami Ya Allah

Teguhkan hati kami

Agar terus mencintai agamaMU

Cinta yang tulus

Agar kami sungguh-sungguh

Kurniakan kami

Keinginan yang MEMBARA

Membantu agamaMU ini






Thursday, May 12, 2011

tarbiyah … tarbiyah … tarbiyah

PS: Perkongsian daripada blog sahabat www.kembaracintaku.wordpress.com

07 May
 
:: Bismillahirahmanirrahim ::
dimana sahaja.. dalam apa jua keadaan – ujian – dugaan..binalah kekuatan …tarbiyah dari Allah..
Tarbiyah
bukan untuk orang yang malas.

Dakwah…
bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah…
bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah…
bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
 
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah…
bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah…
bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah…
bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah…
bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang taknak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah…
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Semanis Redha

PS: Perkongsian daripada blog sahabat, kembaracintaku.wordpress.com

07 May
:: Bismillahirahmanirrahim ::


Dedikasi buat sahabat-sahabat yang dikasihi, pada mereka yang sedang berdepan dengan ujian dan musibah, pada mereka yang sedang mengutip serpihan sabar dan menggenggam semangat yang tercicir sepanjang perjuangan. Istimewa dari ana buat pembaca, semoga mendapat manfaat… Semoga Allah redha.

**************************************************************



Di hening malam, seorang hamba Allah bangun menghidupkan malamnya. Pada rembulan yang menyinar terang di hujung langit, ada bebintang yang turut melirikkan cahaya. Subhanallah, keindahan yang Allah serikan di malam gelita tidak ramai yang mampu menikmatinya. Tatkala manusia berbondong-bondong melayan mimpi indah dan selimut yang menutupi jasad dan hati mereka, ada hati-hati yang digerakkan Allah, ada jiwa-jiwa yang tergerak untuk Allah. Alangkah bahagianya mereka yang sentiasa berusaha mendapatkan cinta dan kasih-sayang Allah.

“Anakku sayang, qiyamullail itu penawar terbaik untuk menggembur iman, menyubur hati, penyeri jiwa yang lemah bahkan menjadi penggerak sendi dan saraf yang bakal menyegarkan jasadmu. Insya Allah, wuduk yang membasahi tubuh di kala hening akan memberi kesegaran buat jasad dan emosi.”

Ibu membelai halus jemari Hannan, aku melihat dari sisi. Terasa kehangatan kasih sayang ibu menyusup di celahan jari Hannan. Dari kejauhan tampak bundar matanya bersinar, alhamdulillah. Hannan perlu dimotivasikan bukan sekadar sudut duniawi tetapi rohnya perlu disuntik dan tiada penawar yang paling mujarab selain penawar dari Nya.

“Insya Allah ibu.”

**************************************

Senyuman dilemparkan biarpun tiada seri di wajah. Hambar. Pucat lesi wajahnya sesuai dengan keadaan diri Hannan yang kritikal. Doktor Muhammad Aqil, neorologist terkemuka di Malaysia sudah mengangkat kedua tangan, bukan menyerah pada takdir namun badan Hannan sudah ampuh, tidak lagi memberi reaksi kepada ubat-ubatan dan vitaman yang diberikan malahan semuanya seakan-akan tidak mendatangkan kesan.

“Puan Humaira, Encik Muaz, saya harap encik dan puan akan menerima berita ini dengan berlapang dada. Keadaan Hannan semakin memburuk, pengalaman saya dalam bidang ini… Hannan punya sekitar 2 hingga 3 bulan untuk bertahan.”

Ayah dan ibu terdiam, aku memandang keluar tingkap.
‘Ya Allah, kurniakanlah kekuatan buat ibu dan ayah.’
“Saya cadangkan Encik Muaz untuk memberi keizinan pihak kami supaya memberi kerehatan buat Hannan.”
Doktor Muhammad Aqil memandang tepat di muka ayah.
“Kerehatan yang bagaimana?” Ayah menyoal.
“Kami mencadangkan untuk membiarkan Hannan koma seketika sehingga keadaannya stabil. Tekanan darahnya yang meningkat dan menurun secara mendadak mengkhuatirkan saya, kesakitan yang Hannan alami mungkin tidak tertanggung lagi. Dalam keadaan koma, Hannan akan lebih ‘rileks’ tanpa tekanan menahan sakit.” Doktor tua itu memberi cadangan dan penerangan terperinci tentang keadaan Hannan.

“Saya tak setuju!” Ibu dan ayah serentak menjawab.
‘Koma?’
Jauh di hati, hiba melihat Hannan mengerang kesakitan namun di sisi hati yang lain masih mengharap sinar mata Hannan akan terus terbuka, sinar di mata Hannan akan memberikan sinar di hati ibu dan ayah juga aku.
“Hannan, jangan mengalah dik… Terus dan terus yakin dengan Allah.” Hanani menggenggam erat tangan kembarnya, dialah permata dan ratu di hati, kami sentiasa bersama dari alam rahim sehingga kini. Berpisah dengan Hannan sama seperti sebahagian diriku dibawa pergi.
Setelah keadaan Hannan pulih sedikit, ayah dan ibu meminta keizinan dari doktor agar Hannan di bawa pulang. Kepulangan Hannan jauh lebih baik buat psikologi dan keadaan fizikalnya berbanding hospital. Semoga Hannan tabah menghadapi ujian dari Allah.

**************************************

Dalam gelap zulumat malam, tergerak kecil jasad lemah itu… Menarik kain yang menyelimuti jasadnya, kakinya di atur perlahan setapak demi setapak langkah. Dalam keadaan lemah dan kesakitan yang menjalar pada setiap saraf, harus dikuatkan hati untuk bangkit. Kaki yang tidak mampu menapak, akhirnya Hannan merangkak perlahan menuju ke tandas. Pintu tandas dikuak perlahan, paip dibuka kecil dan airnya menyoroti bahagian kecil tubuh Hannan.
‘Subhanallah, sejuknya.’
Selesai berwuduk, Hannan mengemaskan langkahnya. Biarpun dalam keadaan merangkak, Hannan bersimpuh rapi di hujung sudut kamarnya. Dengan sinaran rembuhan dari celahan jendela menyinari ruang kecil kamarnya. Cicipan sang cengkerik memberi irama yang turut sama menghidupkan malam bersama Hannan.

Gerakan lemah dan perlahan tubuh kecil yang kesakitan itu, solat didirikan dalam keadaan duduk menghadap kiblat.

Dari kamar ibu, terdengar gayungan air membasahi lantai. Barangkali ibu dan ayah juga sedang merapikan diri untuk menghidupkan malam dengan solat berjemaah. Keluarga kecil yang sederhana, beratapkan langit rahmat Ilahi dan berlantaikan qanaah pada Rabbi, mereka hidup dengan acuan al-Quran dan sunnah Rasulullah. Biar ujian membadai kehidupan, biar ombak menghempas pantai hati segalanya diserahkan pergantungan kepada al-Khaliq, tidak sedikitpun menggoyahkan iman yang dipaut kukuh kepada Allah.
Hannan istiqamah menghidupkan solat tahajud, dihiasi solat taubat dan solat hajat yang menghiasi malam-malamnya berteman bebintang yang turut menghiasi langit dunianya, Hannan terus menghiasi langit hatinya.

**************************************

“Yakinlah Allah, bersangka baiklah pada Allah. Allah adalah apa yang Hannan sangkakan, kalau Hannan meyakini pertolongan Allah maka bersungguhlah meminta pertolongan dari Allah. Kalau Hannan merasa lemah, maka Hannan akan lemah. Ingat, jangan lupa pada kasih sayang Allah.” Ayah mengelus lembut ubun-ubun Hannan, sesuap bubur nasi ditelan perlahan pada kerongkong Hannan. Perit sekali rasanya.

“Hannan masih ingat cerita ibu tentang kisah penggunting rambut yang suka bertanya soalan-soalan yang menguji keimanan orang Islam?” Jari ayah masih mengelus ubun-ubun Hannan sambil ibu menyuapkan bubur nasi.

Hannan menggangguk lemah, sinar matanya sentiasa bercahaya.
Penggunting rambut bertanya kepada seorang muslim, “bagaimana kamu meyakini Allah sedangkan kamu tidak melihat Allah, di sini dan sana ada manusia yang kelaparan, manusia saling bermusuhan dan peperangan rancak dilancarkan?” apa yang dijawab oleh muslim itu bukanlah pada sudut kerohanian tetapi mengikut logika fikiran. “Bagaimana kalau aku mengatakan bahawa di dunia ini tiada penggunting rambut?”

Maka, terkejutlah penggunting rambut itu. “Kenapa engkau berkata begitu?” Maka jawab muslim itu, “Kerana di luar sana ada yang kusut masai tidak terurus rambutnya. Ada yang rambut panjang.” Penggunting rambut itu menukas, “Kamu salah, aku kan penggunting rambut. Mereka yang tidak datang kepada aku untuk dirapikan.”

Maka muslim itu tersenyum, “Begitulah umpamanya. Bukan Allah itu tiada tetapi manusia itu tidak pergi kepada Allah, tidak meminta pertolongan dari Allah, tidak mendekatkan diri kepada Allah, tidak mengamalkan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bukan Allah tiada tetapi manusia yang tidak mendekati Allah.” Penggunting rambut itu pun terus terdiam.

Ibu tersenyum mendengar Hannan mengulang kembali kisah tersebut. Seingatnya, kisah tersebut diceritakan sewaktu Hannan dan Hanani masih kecil namun kiasan kisah itu diingati anak-anaknya sehingga kini. Alhamdulillah.

***************************************

Hanani mendakap erat tubuh Hannan, Hannan sudah mampu berdiri walau sekadar beberapa minit. Tiada ubatan yang menyakitkan menjalar di urat tangan Hannan, tiada ubat yang membuat Hannan menangis. Hanya terapi solat tahajud secara istiqamah dan alunan kalamullah yang sentiasa menemani, Hannan disembuhkan Allah dengan cara dan kehendak Nya.

“Ayah nak tahu, Ustaz Kamil bagitau Hanani… ‘Dalam setiap ayat al-Quran itu penawar. Setiap ayat al-Quran mampu menggetarkan bahagian saraf tertentu pada tubuh kita. Apabila lengkap 30 juzuk yang dibaca, maka lengkaplah getaran pada setiap saraf pada keseluruhan tubuh kita.’ Jadi, kalau kita yakin al-Quran itu penawar zahir dan batin maka kita bersungguh-sungguh membaca dan mengamalkannya insya Allah kita akan sihat. Terapi solat tahajud umpama mengecas ‘elektrik’ dalam badan kita. Ibu nak tahu, kalau kita mandi awal pagi sebelum solat tahajud ianya lebih membuatkan badan kita sihat! Wallahua’lam.”

Hanani ceria dengan perubahan positif pada diri Hannan, kembar yang selalu dirindui. Meskipun Hannan tidak mampu belajar bersama namun Hanani sentiasa berkongsi apa yang dipelajarinya.

‘Moga Allah memberi kekuatan kepada Hannan dan rezekikan peluang terbaik buatnya. Ameen.’
“Kuliah Subuh minggu lepas, Ustaz Khusyairi berpesan ‘kalau mahu dihindari penyakit nyanyuk, selalu baca al-Quran sebagai amalan dan solat tahajud’ kena jaga hubungan dengan Allah dari awal, bukan bila dah tua baru nak mula berhubungan dengan Allah. Umur kita di dunia singkat saja, kehidupan di akhirat kekal abadi.” Ayah menyambung ayat Hanani.

***************************************

“Ya Allah, aku mohon kepada Mu dengan rahmat dan kasih sayang Mu… Berikanlah yang terbaik buat agama ku, dunia ku, akhirat ku. Andai penyakit ini memberikan kebaikan kepada agama, dunia dan akhirat ku, aku mohon kekuatan dan kesabaran dari Mu untuk menghadirkan aku ketabahan bagi meneruskan kehidupan ini. Andai penyakit ini lebih baik disembuhkan demi agama, dunia dan akhirat ku maka aku mohon kepada Mu kesembuhan agar aku mampu untuk menjulang panji agama Mu.

Ya Allah, ilmuku ini terbatas dan pengetahuanku sangat terbatas, Engkau juga yang lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”
Airmatanya mengalir, raut wajahnya basah dengan linangan air mata, hatinya terkoyak dengan kehadiran berita yang menyedihkan namun sejadah imannya disimpul kemas. Biar redha dan terus menyulam keyakinan pada Allah.
‘La haulawala quwwata illa billah…’

***************************************

“Ibu, Harith nak kurma.”
Harith menarik tangan, tersedar dari lamunan panjang. Subhanallah… Anak kecil itu petah sekali, usianya yang masih kecil dengan susuk yang mungil namun bilah perkataan yang keluar dari mulutnya sepatah-sepatah tanpa pelat.
“Seorang ibu yang solehah, gagah dan tabah akan melahirkan zuriat yang juga kuat semangat! Tengok semangat Harith ni, bersungguh memanjat nak ambil kurma.” Khairil menyuapkan kurma ke mulut Harith sambil Hannan ketawa besar dengan keletah si kecil itu.

**************************************

“Wahai anakku, telah aku berusaha mencorak peribadiku sebaiknya walau aku bukan yang terbaik. Telah aku berusaha memilih bapa terbaik untukmu, jadilah anak yang soleh… Harith anakku sayang, dirimu umpama kenikmatan semanis redha yang ibu teguk sejak dahulu. Allah sentiasa memberi dengan cara Nya, ibu akan sentiasa berusaha yang terbaik buatmu.”
Hannan mengucup lembut dahi Harith. Tidurnya enak berteman zikrullah yang dialunkan suara hati ibu, terasa nusrah Ilahi membantu untuk terus menongkah dunia andai benar yakin itu terus berpaksikan iman kepada Tuhan.

Insya Allah.

Sunday, May 1, 2011

A Dedication To a Crying Heart


Kerana selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah diri ini akan terus menerima cabaran.
Alhamdullillah, setelah berperang dan berkonflik dengan diri, ana menyerahkan diri untuk dipantau oleh ketua bidang pada sesi P & P pagi tadi.

Such a beneficial thing but somehow I always scare of..
The day before the observation, I told myself that ‘I am not well-prepared mentally."
Obviously, yes.. because I just don’t want this thing happen to me.
I just don’t want myself to be observed by someone else
But now, forget all those non-senses accuses. 
They will never being helpful for the rest of my lives.
I need to shift the paradigm..Change the way I perceive things.
YES!  Positively.
But, how long I can istiqamah with all this?
Am I too fragile in coping with what would happen next?
Laa haw la wala quwwata illa billahil a’dziim….
Meaning that, everything you are undertaking, you should never rely on yourselves.. 
But Allah SWT is always be there right by your side.
That Allah knows the best for you.
That HE will never leave you alone amidst of your thick and thin
That HE would always send HIS Mercy in times of need
That Allah is everything and Having HIM is enough in my life
That if I do not receive motivational words from others
Nobody comprehends what I am suffering
To whom I guess the right persons to know what is apparently taking place
I should realize that
Nobody could keep me away from Allah

************************************************************
SubhanaAllah…
I realized that being here in Pitas has something I need to look beyond it.
I truly believe that Allah has His best plans for me being posted here,
 far away from hometown with very painful roads.. the bad conditions of the road, probably do not hurt both me and my car physically, but the suffering does permeate deep inside of my heart.
Yet, those feelings fade away quickly as I know that Allah is always with me, knowing everything – my feelings – thoughts – intentions – Yes. All!
Allah will never let me hurt too long too much.
Always He entertains me whenever it takes me to do so.
Definitely
Whenever I see problems, evils, something went wrong, something wrong somewhere,
Whenever I try to figure them out
Yet, I do not know how to sort them out
Allah knows everything
That whenever I terribly worried about my safety
HE gives me inevitable unexpected strength
That I need most in my trouble times
There is no body I can turn to
As wonderful magical touches as Allah gives
His Rahmah His bless are just too
Too
Too
Too
What I always want
I always need
Every second

Laa Haula Wala Quwwata Illah Billahil a’dziim

Catatan Tafsir Maudhu'iy

Kuliah Tafsir Maudhu’iy yang ana hadiri bersama 3 orang adik usrah iaitu fiza, mimi dan awie sarat dengan ilmu – sekali lagi berjaya melapangkan dada ana. Menjentik jiwa-jiwa layu ana berada jauh di Pitas.

Pernah dulu ditanya “Akak mau posting di mana nanti”, Tanya seorang adik daripada jemaah. Tanpa berfikir panjang, “akak kalau mau rasa tempat di pedalaman”. 

SubhanaAllah Allah benar-benar memakbulkan apa yang dikata sedang dihati berniat bukan begitu.

Juga, perkataan yang terpacul di bibir ketika itu, ana menghalusi kembali. Mengingati tidak patut meminta sesuatu yang tidak sebenarnya berkenan di hati.

Astagfirullah ana bermaksiat lagi.

Kerana, dikatakan bahawa berada ditempat yang jauh, sebenarnya menyukarkan seseorang itu untuk mengetahui isu-isu semasa serta reach out untuk ilmu agak terbatas.

Kini, ana akui ia benar. 

Namun, tetap bersangka baik bahawa Allah SWT Maha Pengasih, tidak akan menzalimi hambaNYA selagimana jalan-jalan syariat islam dihayati dalam kehidupan.

***************************************************

Tafsir Maudhu’iy punya tarikan istimewa bagi ana. Selain karisma penceramahnya, Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang begitu ana kagumi gaya penyampaian, gaya bahasa serta ketokohan beliau.. membangunkan jiwa ana. Alhamdullillah. Gaya penyampaian yang menyerlahkan gaya pidato yang cukup kemas, dan berstrategik.

Biarpun, ana bukan pendengar yang baik. Ana bersyukur dengan rezeki duduk di tujuh barisan pertama (kalau tidak silap).. setiap ucapan dan perkataan ingin ditangkap dan difahami maksudnya.

Model Kepimpinan Liberatif

Daripada Kisah Talut ini, suatu misi pembebasan yang perlu ada jiwa pemimpin. Iaitu misi pembebasan daripada kegelapan kepada pencerahan. 

Daripada kepimpinan yang dicemari dengan penyelewengan dan salahguna kuasa yang membinasakan, kepada kepimpinan yang mengikut sunnatullah-menegakkan kebenaran dan keadilan.Misi Pengislahan.

Pemimpin yang membawa misi pembebasan usah takut pada protes jika yakin apa yang diperjuangkan adalah kebenaran.

Kreativiti dalam dakwah. Sepertimana dalam kisah Golongan Elit bangsa Israil yang bersifat materialisitk, mendekati mereka bukan dengan mendatangkan para ilmuan untuk  memberi hujah ilmiah. Pasti mereka tidak memahami bahasa dakwah sebegini. Hanya ilmuan sahaja layak dengan laras bahasa ilmuan = hujah ilmiah. Mengajar kita memahami siapa yang kita ingin islahkan itu.

Ana berfikir, seringkali kita merintih menangisi kehilangan benda berharga, jam tangan ROLEX, Handphone, wang ringgit. 
Frust menonggeng kita.

Tetapi, pernahkah kita bereaksi perkara yang sama apabila kita kehilangan nikmat mendirikan solat. Dulu kita pernah menangis dalam solat, kini pernahkah lagi?

Nikmat mendoakan… sungguh-sungguh kita menangis dalam pengharapan agar Allah melapangkan masalah.. kini masihkah kita merintih untung nasib kita KepadaNYA?

Lagi…
Apakah kalimah yang kita lafazkan apabila mendengar berita kembalinya seseorang kepada Allah swt?

Roji’uun.. tempat kembali..

Mengapa apabila dengan ditimpa musibah, kita segera kembali kepada Allah SWT?

Barangkali apabila berjaya dan hidup senang lenang, begitu mudah langkah kita tergelincir jauh daripada Allah SWT..

Di saat bergaya mewah, mudah kita melupakan Allah.

Namun, Maha Mengasihani Allah SWT, menerima kita di saat kesedihan tidak berdaya tatkala di timpa musibah.

Kerana fitrah hamba, apabila susah… bersegeralah kembali kepada Allah. Moga-moga pintu taubat sentiasa terbuka. Baru ingat kepada siapa untuk berserah diri dan meminta kembali segala yang pernah dimiliki dahalu? 

Kerana, sesuatu kejayaan itu terhasil selepas bangkit daripada musibah. 

Politik Semasa & Prinsip Ilmu
Berhadapan pula dengan realiti politik semasa yang terang terbelah berbeza. Yang satu materialistik.. semuanya menceritakan tentang projek, kontrak, tanah, wang, pangkat, dunia, rasuah, fitnah.. Yang satu lagi pula tentang maruah, pembebasan, keadilan, kesejahteraan.

Bagaimana kita membezakan dengan akal dan mata hati. Kebenaran dan Kepalsuan.

Disinilah prinsip ilmu perlu ditegakkan.

Tidak perlu ana mengulas panjang, kerana jujurlah dengan ilmu.

Berpendirianlah dengan kebenaran ilmu.
Tidak jelas?

Kembali kepada asas. Sebagai contoh, bagaimana cara kita membezakan telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan?
?

Fikir dan Zikir!