Sunday, May 1, 2011

Catatan Tafsir Maudhu'iy

Kuliah Tafsir Maudhu’iy yang ana hadiri bersama 3 orang adik usrah iaitu fiza, mimi dan awie sarat dengan ilmu – sekali lagi berjaya melapangkan dada ana. Menjentik jiwa-jiwa layu ana berada jauh di Pitas.

Pernah dulu ditanya “Akak mau posting di mana nanti”, Tanya seorang adik daripada jemaah. Tanpa berfikir panjang, “akak kalau mau rasa tempat di pedalaman”. 

SubhanaAllah Allah benar-benar memakbulkan apa yang dikata sedang dihati berniat bukan begitu.

Juga, perkataan yang terpacul di bibir ketika itu, ana menghalusi kembali. Mengingati tidak patut meminta sesuatu yang tidak sebenarnya berkenan di hati.

Astagfirullah ana bermaksiat lagi.

Kerana, dikatakan bahawa berada ditempat yang jauh, sebenarnya menyukarkan seseorang itu untuk mengetahui isu-isu semasa serta reach out untuk ilmu agak terbatas.

Kini, ana akui ia benar. 

Namun, tetap bersangka baik bahawa Allah SWT Maha Pengasih, tidak akan menzalimi hambaNYA selagimana jalan-jalan syariat islam dihayati dalam kehidupan.

***************************************************

Tafsir Maudhu’iy punya tarikan istimewa bagi ana. Selain karisma penceramahnya, Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang begitu ana kagumi gaya penyampaian, gaya bahasa serta ketokohan beliau.. membangunkan jiwa ana. Alhamdullillah. Gaya penyampaian yang menyerlahkan gaya pidato yang cukup kemas, dan berstrategik.

Biarpun, ana bukan pendengar yang baik. Ana bersyukur dengan rezeki duduk di tujuh barisan pertama (kalau tidak silap).. setiap ucapan dan perkataan ingin ditangkap dan difahami maksudnya.

Model Kepimpinan Liberatif

Daripada Kisah Talut ini, suatu misi pembebasan yang perlu ada jiwa pemimpin. Iaitu misi pembebasan daripada kegelapan kepada pencerahan. 

Daripada kepimpinan yang dicemari dengan penyelewengan dan salahguna kuasa yang membinasakan, kepada kepimpinan yang mengikut sunnatullah-menegakkan kebenaran dan keadilan.Misi Pengislahan.

Pemimpin yang membawa misi pembebasan usah takut pada protes jika yakin apa yang diperjuangkan adalah kebenaran.

Kreativiti dalam dakwah. Sepertimana dalam kisah Golongan Elit bangsa Israil yang bersifat materialisitk, mendekati mereka bukan dengan mendatangkan para ilmuan untuk  memberi hujah ilmiah. Pasti mereka tidak memahami bahasa dakwah sebegini. Hanya ilmuan sahaja layak dengan laras bahasa ilmuan = hujah ilmiah. Mengajar kita memahami siapa yang kita ingin islahkan itu.

Ana berfikir, seringkali kita merintih menangisi kehilangan benda berharga, jam tangan ROLEX, Handphone, wang ringgit. 
Frust menonggeng kita.

Tetapi, pernahkah kita bereaksi perkara yang sama apabila kita kehilangan nikmat mendirikan solat. Dulu kita pernah menangis dalam solat, kini pernahkah lagi?

Nikmat mendoakan… sungguh-sungguh kita menangis dalam pengharapan agar Allah melapangkan masalah.. kini masihkah kita merintih untung nasib kita KepadaNYA?

Lagi…
Apakah kalimah yang kita lafazkan apabila mendengar berita kembalinya seseorang kepada Allah swt?

Roji’uun.. tempat kembali..

Mengapa apabila dengan ditimpa musibah, kita segera kembali kepada Allah SWT?

Barangkali apabila berjaya dan hidup senang lenang, begitu mudah langkah kita tergelincir jauh daripada Allah SWT..

Di saat bergaya mewah, mudah kita melupakan Allah.

Namun, Maha Mengasihani Allah SWT, menerima kita di saat kesedihan tidak berdaya tatkala di timpa musibah.

Kerana fitrah hamba, apabila susah… bersegeralah kembali kepada Allah. Moga-moga pintu taubat sentiasa terbuka. Baru ingat kepada siapa untuk berserah diri dan meminta kembali segala yang pernah dimiliki dahalu? 

Kerana, sesuatu kejayaan itu terhasil selepas bangkit daripada musibah. 

Politik Semasa & Prinsip Ilmu
Berhadapan pula dengan realiti politik semasa yang terang terbelah berbeza. Yang satu materialistik.. semuanya menceritakan tentang projek, kontrak, tanah, wang, pangkat, dunia, rasuah, fitnah.. Yang satu lagi pula tentang maruah, pembebasan, keadilan, kesejahteraan.

Bagaimana kita membezakan dengan akal dan mata hati. Kebenaran dan Kepalsuan.

Disinilah prinsip ilmu perlu ditegakkan.

Tidak perlu ana mengulas panjang, kerana jujurlah dengan ilmu.

Berpendirianlah dengan kebenaran ilmu.
Tidak jelas?

Kembali kepada asas. Sebagai contoh, bagaimana cara kita membezakan telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan?
?

Fikir dan Zikir!


No comments:

Post a Comment