Sunday, June 3, 2012

Yes, Bulatan Gembira!


Assalamu’alaikum wbt..

Apa khabar imanmu wahai sahabatku?

SubhanaAllah.. Alhamdullillah.. ana menghadiri majlis ilmu <Usrah> rabu yang lalu. Hari yang sungguh-sungguh benar memuhasabahkan hati ini di tengah-tengah ribut didalamnya. MasyaAllah, masalah hati dan perasaan yang mengekang sebelum ini terasa lapang. Menghadiahkan ana kekuatan, sikap dan pendekatan baru untuk berdepan dengan cabaran, masalah yang menyelubungi dan menanti di hadapan. 

Alhamdulillah.. Alhamdullillah.. Alhamdullillah..

Usrah hari ini mengupas Tafsir Quran iaitu Surah At-Takathur, yang bermaksud berlumba-lumba. Surah ini mempunyai 8 ayat dan merupakan surah Makiyyah. Alhamdullillah ana diberi peluang untuk membentang sedikit perkongsian kali ini.

Apa yang menarik hati ana ialah kata-kata daripada Syed Qutb “kehidupan dunia yang sekilas itu berakhir dan menutup lembaran yang pendek. Dan selepas itu, zaman terus melanjut bersama bebanannya yang bertambah berat.”

Demi Masa! Allah Bersumpah. Masa kita panjang atau pendek? Umpamanya menunggu sesuatu atau seseorang. Seringkali kita mendengar, penantian itu suatu penyeksaan. Mengapa? Apa yang dinantikan itu lama benar bukan?

Atau bagaimana pula dengan saat-saat yang menggembirakan? Dirasakan seolah-olah begitu cepat penghujungnya tiba, setuju?

Seandainya masa boleh ditahan-tahan, dirunding atau diundur kembali, akibatnya kita mungkin menjadi manusia yang sentiasa bermimpi, tidak realistik dan hidup serba-serbi terpedaya dan alpa.

Berbalik kepada Surah ini, ayat 1 dimulakan dengan peringatan terus daripada Allah SWT “Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan (membanyak harta benda dan anak-anak)” dan seterusnya ayat 2 “Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.” 

Ibnu Kathir menyebut “Kamu telah dilekakan dan disibukkan oleh kecintaan terhadap kemewahan kehidupan dunia daripada membuat persediaan untuk menghadapi alam akhirat.  Kealpaan itu begitu ketara sehingga kamu diterpa oleh kematian secara mengejut dan di luar jangkaan kamu, lalu kamu datang mengunjungi kubur dan tinggal disitu dalam jangka masa yang ditentukan.”

Perbincangan hari itu benar-benar mengetuk  hati dan minda kami yang berada dalam bulatan majlis ilmu. Betapa meneruskan kehidupan dalam zaman yang penuh dengan kebejatan di sebalik kenikmatan ini sebegitu mudah melalaikan, menggelincirkan niat ikhlas, matlamat dan kesedaran serta ingatan kepada Allah SWT.

Kebetulan, beberapa anak-anak muda remaja mengikuti usrah kali ini. Apabila ditanya apakah cinta dunia? Mereka belum dapat menghadamnya secara matang lagi.

Cinta dunia, ana menganalogikan dengan  gadget seperti handphone. Contohnya dalam sehari itu, anda tidak memegang handphone, adakah anda akan mencarinya?

Bagaimana pula dalam sehari itu, adakah sekali terlintas di fikiran mencari Allah SWT?

Maka di sini, mari kita renungkan.

Antara handphone dan Allah, Yang mana satu kecenderungan kita paling utama?

Adakah handphone lebih kita sayangi daripada Allah SWT?

Itu hanyalah analogi yang barangkali kecil impaknya, dan tidak begitu berkesan untuk kita meletakkan cinta kita DUNIA VS AKHIRAT.

Bagaimana pula dengan golongan yang begitu asyik mencari menambah harta, pangkat, material berbentuk kereta, rumah, perhiasan, perabot, kecantikan fizikal, serta anak-anak dan keluarga. Begitu asyik sehingga hidup seolah-olah hilang arah tuju yang sebenar. 

APAKAH KEUTAMAAN KITA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN? 

~Mengecapi hidup dengan redha Allah- 

Kebimbangan menerjah, apabila hati dibelenggu dengan cinta kepada pesona fatamorgana dunia, kita khuatir Allah SWT akan mengisinya dengan kelalaian, kealpaan, lupa dan kesesatan.

Nikmat Hidayah diragut, ditarik dan dicampak kemudian digantikan dengan nikmat kebejatan seperti pelbagai penyakit hati: takbur, kedekut, sombong dan macam-macam sifat mazmumah.

Bayangkan sahabatku, seandainya hayat kita di dunia ini digunakan dengan hal-hal yang sia-sia, dan dalam sekelip mata ajal menjemput kita, bagaimanakah agaknya kesudahan kita?

Begitulah barangkali (pemahaman ana) tentang apa yang dinukilkan oleh Syed Qutb, begitu singkat kita menghirup udara di dunia ini, tetapi kesudahan buruk dengan memikul pelbagai azab berat dan dahsyat yang begitu lama dan mungkin selama-lamanya di perkampungan neraka kelak dek kerana alpa mentaati perintah Allah SWT semasa talian hayat dimiliki di dunia.

Dunia yang diibaratkan permainan dan senda-gurau ini terlalu halus pedayanya. Dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Betapa setiap langkah dan keputusan benar-benar umpama menempuh jalan berduri. 

Ana amat takut dan bimbang dengan kesudahan diri ini. 

Dalam ayat 3 & 4, “Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.” Ayat 5 “Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.” Dalam ayat ini, Allah SWT mengulang ayat yang sama. Pengulangan berbentuk penegasan. 

Maksudnya, seandainya engkau mengetahui apa yang akan terjadi di hadapan kamu dengan pengetahuan yang sebenar nescaya tidak mungkin bagi kamu dilalaikan dengan bermegah-megah mengejar dunia ini. Justeru kamu akan berlumba-lumba dalam beramal soleh, namun kerana kamu tidak mengetahui dengan pengetahuan yang sebenarnya, akhirnya kalian terjerumus ke dalam  keadaan sedemikian.

Di sini, betapa pentingnya ilmu untuk kita sampai kepada YAKIN akan setiap kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Adanya dosa – pahala, syurga – neraka, azab, balasan yang baik, redha – murka Allah Swt. Dengan yakin, kita percaya dengan setiap amalan, tutur kata, niat, matlamat dan setiap perkara sentiasa diperhatikan dan dihisab.

Seterusnya ayat 6, “nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim.”  Ayat 7, “Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin.”

Inilah kesudahan terakhir bagi mereka yang berterusan dengan kelekaan semasa di dunia akibat sibuk mencari harta dan pelbagai nikmat lain sehingga persediaan menuju akhirat dilupakan. Penangan azab neraka pasti dirasakan. Allah SWT akan memaparkan realiti sebenar apakah neraka itu, dan saat itulah penghuni syurga dan penghuni neraka akan melihat neraka yang sebenarnya sehingga saat itulah kita semua benar-benar yakin dan segala keraguan hilang serta-merta.

Sungguh beruntung golongan yang diselamatkan daripada azab neraka. Pastinya kurnia Allah SWT buat golongan yang beriman. Kita dahagakan di dunia lagi rahmatNYA buat kita menghirup kelegaan dan keselamatan di syurga kelak. MasyaAllah

Dan ayat terakhir, ayat 8 “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)”. 

Maksudnya, pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan bertanya kepada kita tentang setiap nikmat yang telah diberikan kepada kita semasa di dunia. Muda, sihat, masa lapang, harta, usia, aman, pancaindera dan sebegitu banyak nikmat yang tidak terhitung oleh akal kita. MasyaAllah…

Persoalannya: Apakah kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang kita sedari dan tidak sedari ini?

Bagaimana kita mensyukuri nikmat ini wahai saudaraku?

Atau adakah nikmat ini kita telah menggunakan dengan sebaiknya atau kita bermaksiat kepada Allah?

Adakah kita terpedaya dengan nikmat tersebut dan tidak mensyukurinya sehingga Allah SWT mengazab kita di sana nanti?

Penyesalan dan Seandainya masa dapat diundur sentiasa kita laungkan barangkali selesai terlanjur melakukan kesilapan. Namun, realistik dan berpeganglah kepada tali agama dengan kuat. Kadang-kala kita mungkin tidak menyedari nafsu berjaya mengatasi kawalan iman dengan melakukan kesalahan atau keaiban. Mari, kita kembali kepada satu-satunya Zat yang sentiasa sudi menerima kita walau dalam keadaan paling hina dan kotor kita. Kita lazimi istighfar, zikir, solat taubat! Sungguh hidup memiliki Allah SWT sangat memberi makna dan harapan yang mendalam untuk terus hidup dengan kemaruk redhaNYA sentiasa.

Wednesday, May 23, 2012

Wanita Semasa Harapanku


Bismillahi rahmani rahiim...

Assalamua'laikum wbt..

Didoakan sahabat-sahabat yang sedang membaca entri ana kali ini sentiasa tenang, sejahtera, bahagia dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan amal.

Ana adalah wanita, hamba Allah yang sentiasa inginkan suasana yang aman damai, tenang dengan persekitaran yang hanya baik belaka.

Hakikatnya, agak payah bagi kita mengekalkan keadaan sedemikian kerana suasana persekitaran adalah manusiawi duniawi yang serba serbi dengan karakter yang berbeza berwarna-warni : Baik, menggembirakan, mengecewakan, membosankan, menakutkan, membimbangkan dan pelbagai gambaran lain yang sahabat2 boleh kongsikan.

Jika ditanya  adakah kita inginkan kedamaian dan bahagia semata, sudah tentu kita menginginkannya sentiasa bukan?

Namun, realiti yang perlu ditempuhi setiap hari beraneka macam tarikan, peluang, dan ancamannya.

Bakal menginjak usia 27 tahun, ana sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Pasti, dengan sebegitu banyak nikmat yang Allah SWT berikan, kalimah dan sujud syukur mungkin tidak pernah mampu membalas segala dan sejumlah kurniaan, rezeki, anugerah, pemberian, hidayah, taufiq yang Allah SWT hadiahkan.

Namun, sedarkah kita? Bersyukurkah kita? kepada Allah SWT akan setiap pemberian dalam bentuk masalah, musibah, reka-bentuk ujian yang begitu "kreatif" dititipkan kepada kita setiap hari?

Terus Mendidik

Bergelar pendidik yang baru memasuki 2 tahun 5 bulan, ana diberi peluang berdepan dengan anak-anak muda, remaja.  

Dan yang seringkali membimbangkan hati ini ialah cinta dan perasaan mereka yang bergelar remaja perempuan (teenage girls).

Kelmarin ana menjaga peperiksaan, subjek bahasa inggeris di satu kelas. Dipendekkan cerita, ana terperasan tingkahlaku salah seorang pelajar lelaki di kelas itu. Ana biarkan seketika. Dua tiga kali ana memandang kepadanya, seakan-akan sesuatu yang mencurigakan. 

Ana biarkan lagi.

Langkah diatur, perlahan-lahan berjalan di antara ruang yang memisahkan mereka di antara yang lain, mendekatkan diri kepadanya..... dan...

Tangkasnya dia, 

Malangnya ana dapati handphone kelihatan di dalam poket seluarnya. Kantoi!

Ana mengambilnya.

Cuba memaafkan pelajar ini. Ok.. "tak apa, saya akan kembalikan selepas menasihatinya sebelum balik nanti...." (Kerana pelajar ini kelihatan baik-baik saja, pakaian bersih dan kemas. Rekod disiplin juga baik.)

Ana kembali ke tempat duduk guru, meneruskan pembacaan.

Kebetulan kelas sebelah adalah kelas yang ana ajar. Maka, terfikir hendak melihat mereka menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 2 pagi itu. Ana masuk melalui pintu belakang.  

Guess what?

Pelajar ana, a girl, sedang memegang handphonenya. Hmm ok..

Ana mengambilnya. Memeriksa handphone tersebut. 1 sms diterima. Ana membukanya. Mesej dari Boyfriend. Ayang VS Abang. Baiklah. 

Marah? Bimbang? Geram? 

Ana sabarkan hati seketika.

"Maafkan lagi?" Ana berkira-kira.

Tamat masa menjawab, ana membawa diri ke bilik guru. Belum pun sempat duduk lama, 2 orang pelajar datang menghampiri. Mengadu ada beberapa pelajar membawa hp. Kali ini pelajar tingkatan 3.

Nampaknya, hari tersebut ialah hari yang ditakdirkan ana membuat spot-check hp di salah satu kelas tingkatan 3. Dan, 3 buah hp berjaya dirampas menjadikan 5 hp kesemuanya. Salah satu daripadanya sedang menunggu balasan daripada ayangnya. Sekali lagi SMS CINTA daripada pelajar perempuan.

"Maafkan?"   Ana cuak dan berazam "tidak mungkin!"

Hari ini, kebimbangan tersebut berterusan apabila ana memanggil tiga orang pelajar perempuan yang sebelum ini escaped from my class. (Sesi kaunseling dimulakan)

Paling menyedihkan, mereka ini juga sedang kemaruk cinta dan keadaan mereka sangat menyedihkan.

Apabila mabuk cinta, segala-galanya seperti terabai. Daripada penampilan luaran, tudung hingga ke kasut, serba tidak kena - menyesakkan hati ini. Dari dalaman mereka, wallahu'alam. Apakah mereka tenang kerana iman?

Hati ini benar-benar gusar, bimbang ke manakah haluan gadis-gadis remaja kini?

Keseronokan bercinta dek kerana nafsu?

Inginkan belaian dan bukti kasih sayang dari pasangan?

Apa masih ada anggota dan pacaindera badan yang masih gah suci daripada noda-noda tangan si bukan muhram?

mencalit kepadanya

Itukah bukti cinta?

Apakah nilai cinta seumpama itu?

Adakah nikmatnya akan berkekalan dengan kesudahan yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah anugerah dariNYA?

Kaunseling itu berakhir dengan seruan istighfar dan mohon kepada ana dan mereka agar mempersembahkan solat sunat taubat sesegeranya kepada Yang Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.

Wanita Semasa Harapanku

Betapa ujian dan mehnah bergelar wanita zaman terakhir ini penuh dengan jalan-jalan berduri.

Cantiknya, indahnya wanita dengan hadiah fitrah Illahi

Andai benar didikannya, pegangannya teguh menuntun fitrah tersebut

Wanita Solehah Hiasan Dunia Pasti Menjadi Realiti

Di tengah-tengah fitnah dan kesongsangan 

Jangan 

Jangan

Semudahnya ia menjadi perkakas dan senjata kepada fitnah

Lembut hati terusik dengan bisikan cinta?

Bagaimanakah dirimu membalas usikan dan bisikan itu? 

Di mana Allah dalam hidupmu? Bagaimana dirimu menyantuni ujian perasaan seumpama ini?

Dalam setiap kata-kata ingatan, nasihat yang keluar dari ana, moga akan menjadi kekuatan untuk menepis setiap kejahatan, tipu daya, muslihat, kemaksiatan, kemungkaran, fitnah, zina keaiban asbab kebejatan nafsu ana ataupun orang lain.

Wanita Semasa, betapa sentiasa memerlukan stamina Tarbiyyah yang mengakar kuat!

Benar aqidahnya,

Teguh iman dan taqwanya,

Kukuh prinsipnya,

Redha Illahi Pujaan hatinya,

Mulia cara hidupnya,

Memikat akhlaknya,

Mempesona budi bahasanya,

Terang mata hatinya membezakan yang benar dan palsu,

Mantap ilmu dan kefahamannya,

Sejahtera pacaindera dan akalnya.

Walau dirinya bukan wanita semasa sempurna

Namun, 

Dia

Berazam dan bersungguh-sungguh

Memperbaiki

Memperhebat

Memperkasa

Peribadinya ke arah Karakter Wanita Solehah

Pasakkan pada dirimu

Wahai Wanita

Kerana ku sayangi Ku Kasihi,

Keluargaku,

Teman dan sahabatku, 

Semua wanita

Kerana kaulah harapanku sentiasa

Untuk memperbaiki keadaan umat zaman ini..

Wallahu'allam..


































Monday, May 14, 2012

What I Feel Today


Alhamdullillah, akhirnya masa tiba buat ana mencoretkan sesuatu kali ini. Ana sekali-sekala melawat blog ini, tetapi tidak punya mood yang baik untuk memulakan perkongsian.

InshaAllah, teruskan membaca tulisan ana kali ini.
Sebetulnya, ana tidak punya mood yang baik ketika ini, tetapi kehendak menulis itu menerjah tiba. Apapun, moga penulisan kali ini akan sampai ke noktah terakhirnya.

Untuk pengetahuan, ana masih di Pitas. Masih meneruskan perjuangan di sini. Sentiasa berusaha membangunkan semangat di kala lemah. Senyum ceria di kala ada saat menggembirakan. Itulah kehidupan, sebentar senyum ketawa, esok hari memaksa senyuman hadir kerana diselimuti keraguan dan kesedihan.

Di ketika ana menulis entri kali ini, ana agak lemah. Emosi + fizikal + minda + semangat. Isnin yang seringkali dihadapi dengan perasaan gementar namun, memangkinkan usaha sungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik bertukar menjadi mood yang agak lemah untuk bergerak.

(Seandainya di rumah ketika ini, pasti bahu dan badan ini sudah disorong kepada adik-adik untuk diurut. Wahaha.. sempat lagi. Ok berjaya menguntum senyuman di bibir.)

Betulkah baru..???
Ana terkesan dengan pertukaran Pengetua sekolah ana ke sekolah lain. Pengetua yang baru 3 bulan bersama-sama di sekolah ini, berpindah ke sekolah lain. Ya, seawal 3 bulan. Sedikit sebanyak memberi impak tersendiri kepada ana, terutamanya dari segi suntikan semangat dan inspirasi.

Ana akui agar “nervous” apabila pengetua berada di sekolah. Kerana adanya pengetua, masyaAllah setiap gerak geri dan tindak tanduk ana, ana perhatikan dengan berhati-hati. Tepati masa, tugas-tugas guru kelas, tugas-tugas guru, P & P, kebersihan, keceriaan kelas, bilik guru, pengawas, SAC Room sentiasa perlu dipantau selalu.

Sememangnya, ana amat mengalu-alukan kedatangan pengetua baru ini. Kerana, ana mempunyai pengalaman tersendiri bersama beliau pertama kalinya ana menghadiri taklimat penempatan guru hujung 2009 yang lalu. Ana kagum dan tersentuh dengan ceramah yang beliau sampaikan hari itu. Alangkah gembiranya hati ini, saat-saat ana melangkah ke pejabat sekolah (melihat pengetua baru wanita yang dikatakan), ana terus bersalam dan mencium tangan beliau. Puan Setia Hj ken, yang tidak mungkin ana lupakan. Terkejut dan bagai tidak percaya. Insan hebat dan ada sentuhan tersendiri hadir ke SMK Pitas, dan bakal memimpin sekolah ana. Ana sangat-sangat bersyukur dengan kehadirannya. Kerana ana sepenuhnya menaruh keyakinan akan keupayaan yang beliau miliki untuk membawa perubahan positif yang amat didahagakan sekolah ini.

Dan sememangnya terbukti, dalam masa 3 bulan ini, berlaku perubahan secara beransur-ansur kepada keadaan yang lebih baik. Paling ana rasakan, ana bertambah bersemangat dan mengecapi keseronokan sebagai guru.

Definitely, I am truly touched of her absence and no longer being with us in SMK Pitas, in times I need someone to guide me and to correct to console to consult me what’s the best, she has done it to me.. and I feel weak now without her here.

How it’s so hard to find someone can inspire you, just next to you. You don’t need to trouble yourself to wake up yourself through books or you surf to find good articles to soothe you, but that precious thing is just really really near by you. How I really appreciate it so much coz being with someone special like pengetua has given me strength to empower my personality in the future and surely for time being.

Dan ana sanggup melepaskan peluang memohon e pertukaran dengan harapan ana ingin menimba lebih banyak ilmu daripadanya. Beri ana peluang sekurang-kurangnya hujung tahun ini untuk bersama beliau. And I did hear and think that “well, at least if pengetua intends to move, she’s definitely will have one year to do so”.. that’s the shortest period of time I could think of her possibility of moving from the school”. And now, it is really far beyond what I have expected and calculated! She’s just had been here for 3 months and the moment I write this entry, she’s already left us.

Begitulah perancangan Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA. Pasrah………………..


Friday, March 30, 2012

Tips untuk Hidup Secara Sistematik

Ten Fabulous Tips to Get Organised!


  
Print Friendly and PDF
Are you wasting too much time trying to figure out where your things are, or what to do with your day? If so, organization can help you stop wasting time.
“For every minute spent in organising, an hour is earned.” Unknown
Do you organise your life? How do you organise it? Is it just limited to organising your desk or does it goes beyond that? The world today is a pretty stressful place to live in and it seems that time is too little and we have much to accomplish. In these circumstances, it is of paramount importance that we are on top of our game.

Organising is a major productivity booster as it saves you time, de-clutters your mind, helps you focus on the tasks at hand and gives one the feeling of being ‘in control’ resulting in -the timely completion of the job on time and even do more.

There are a number of actions that we can take in order to organise ourselves and our lives. This could be done through the use of check lists, time tables, calendars, planners, notebooks and lists. Let us take a look at 10 tips through which we can better organise our lives and as a result boost productivity.

1. Wake Up for Fajr

As a beginning, start waking up for Fajr prayers. First of all, you would be fulfilling a major religious obligation which, unfortunately, many of us do not fulfill. Secondly, waking up early will give you a good couple of hours of extra time in the morning enabling you to accomplish more. You can read the Qur’an, exercise, have a nice breakfast and also give some time to your studies while you are still fresh.

2. Manage Your Time

Managing time is very important and this could be done by breaking the larger tasks into smaller steps or actions which you need to take to accomplish each task. Divide it into time blocks and try to accomplish each step in the stipulated time. Moreover, also set deadlines for each task in terms of minutes, hours or even days so that you know how much time you have and manage accordingly.

3. De-Clutter Surroundings

A cluttered surrounding means a cluttered mind. Be it your home, your office, your private work space your inbox or your car, it is important that all spaces are de-cluttered. Seeing a mess around you tells your subconscious mind that there is work to be done, which results in pre-occupation of your mind. This hinders progress even when working on something totally unrelated, resulting in increased levels of stress. In simple words, you need to feel and be in control in order to accomplish your tasks in an effective and efficient way.

4. Prioritise Work

Prioritising work cannot be stressed enough. Try to maintain lists or checklists of the work that needs to be done. You can either have a separate list for different aspects of your life e.g. for office work, for the household chores and for the work you need to get done on your car. There are things that need to be done immediately and others that can wait. Therefore, list all these little projects in order of importance, ending with things that are not urgent and can wait, which will enable you to complete work on time.

5. Take prompt action

Do not delay things. Try to finish them off as soon as possible. The more you pile up work, the more cluttered your mind will become hindering your progress since your brain would be pre-occupied with all the pending work. For example, when I am working in the office and I see any emails filling my inbox, I immediately take action by replying to them, forwarding them or whatever needs to be done. If I let the emails pile up, I think of them and do not concentrate on the project I am working on already.

6. Designate Days

I personally designate specific days for whatever I need to do on a daily, weekly or monthly basis. E.g. I have a specific day each week for cleaning my room, washing clothes, doing groceries, maintaining my car, working on finances, personal care or writing articles. This automatically tells me what I need to do on a specific day which enables me to do everything on time, which otherwise would seem like an overwhelming task.

7. Centralize Schedules

Keep all of your schedules, appointments, and lists in one place. Do not use loose paper and instead schedule appointments on your Outlook calendar or keep your check lists in a specific folder so that you know where to make any updates and do not miss any meetings/appointments.

8. Designate Areas

Designating areas for everything will enable you to find what you are looking for and when you are looking for it. Have specific shelves, containers, drawers and trays for the different items of daily use. A little example of this would be that I have a medium sized container and as soon as I enter my room I use it to keep all my keys, wallet, mobile phone, card book and watch so that I do not lose them and know where to find them when I am in a hurry to leave the house.

9. Avoid Time Killers

A major organiser and productivity booster is the avoidance of the many time killers we have these days in the form of technology. Avoid excessive use of the television, Internet, iPads, smart phones and other gadgets which, once we start using, eat up hours and hours of our times. Limiting their use can really leave us with ample time which we can use in constructive activities.

10. Track Progress

Finally, boost productivity by tracking your progress in all parts of your life. Track your work progress, educational development, hours of exercise, household chores, family time, personal tasks and even the good deeds you do and your spiritual growth (use the QamarDeen application). This will tell you how you are progressing, where you stand and what needs to be done in order to increase your productivity even more.

About the Author
Talha Tashfeen Qayyum is a Swiss-qualified hospitality management graduate and a freelance writer who intends to contribute to life, society and Islam through his writings on self improvement and personal development with the vision to positively affect other people’s lives. You can read more from him on www.personal-development.com/talha. Talha can be reached at talha.tashfeen@gmail.com

Monday, February 6, 2012

Ana Masih Di Sini

Assalamu'alaikum wbt..

Moga sahabat-sahabat yang membaca entri ini sentiasa dalam naungan rahmat Allah SWT.

Untuk pengetahuan, ana di Pitas ketika ini. Bermuhasabah, memperbaharui ingatan tentang Rasulullah di dalam di minda dan fikiran.

Malam semalam, ana dan dua orang teman serumah menonton sambil berselawat bersama-sama dalam program TV Al-Hijrah "Kuala Lumpur Berselawat". Ana katakan pada teman-teman, akhirnya ada juga program seumpama begini muncul mengisi rancangan TV Malaysia. Syabas Al-Hijrah! Moga Allah merahmati usaha dakwah ini dan pelbagai program islamik akan terus subur di kaca TV negara kita.

Alhamdulillah, secara peribadi sangat bersyukur dengan rancangan yang sangat menyentuh hati sekaligus mentarbiyyah hati dan iman, kembali menyucikan lidah dan hati dengan selawat buat insan tercinta, Nabi Muhammad saw. Ana kira rancangan ini berjaya buat hati dan sanubari tatkala Cinta kepada Rasulullah hadir dan moga terus bercambah kecintaan dan kerinduan ini sepanjang masa. InshaAllah

Tertanya-tanya juga siapakah mereka-mereka yang menampilkan idea melalui program ini. Pastinya mereka itu adalah golongan pencinta dakwah yang inginkan islah disebarkan secara merata di tengah-tengah masyarakat masa kini. Moga ana dan sahabat-sahabat semua digolongkan dalam golongan yang bekerja, bersemangat tinggi untuk melakukan islah.

Alhamdullillah, Allah swt sentiasa menguji tandanya DIA mengasihi hambaNYA.

Ana fikir, ana akan berada lebih lama di Pitas, lebih lama daripada sebelum ini. I used to tell myself and others that i could only stand of staying back here for less than 2 weeks, or else more than that period of time, i would end up with homesick and all i thought was being at home. And somehow, Allah tests what i had said before, and therefore i  dare myself to stay back being here for 3 more weeks. That's mean, a month here, no balik kampung!

Mental kali ini lebih teruji, tatkala ana mesti bersabar menunggu saat untuk kelegaan selepas sedikit ujian ini. Janji Allah dalam FirmanNYA yang berbunyi,



"Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan."
                                                                                               (Al-Insyirah:5-6)


Sedikit kegusaran tentang gerak kerja ABIM Kota Belud, Usrah, Urusan Jemaah, Keluarga & Adik-beradik. Ana hanya mampu berdoa menyerahkan segala urusan ini kepadaNYA. Buat keluarga yang disayangi, ana tinggalkan dan merayu kepada ALLAH SWT agar menjaga keselamatan mereka semua dan diberikan perlindungan daripada kejahatan dan kemungkaran. Moga dikurniakan istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada ALLAH..

Buat sahabat-sahabat dalam Jamaah, Saudari Rabiahtul Adawiyah, Arlindawati, Nurul Aimie, Nurhafizah serta yang lain-lain, ana doakan moga ditambahkan semangat perjuangan dan istiqamah untuk membuat yang terbaik demi redha ALLAH swt.

Ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat semua.... Moga hati-hati kita semua ditautkan ingatan dan sangkaan yang baik di antara satu sama lain. Ukhuwwah ini pasti ada ujiannya, dan sama-sama kita memeliharanya dengan sebaiknya.

Mohon ampun dan maaf jika keberadaan ana di sini banyak mengundang kesulitan buat kalian semua di sana.. Moga Allah sentiasa bersama-sama kita.

InshaAllah....... sehingga bertemu lagi.

Sunday, February 5, 2012

Utusan Rindu Buat Rasulullah

Assalammu'alaikum Wbt,

Di kesempatan ini, ana ingin mendedikasikan Salam Istimewa Memperingati Hari Kelahiran Nabi Junjungan, Muhammad S.A.W

Sesungguhnya, Baginda insan paling mulia, paling layak menjadi sumber ikutan dan teladan buat kita semua.

Teringat persoalan yang sering ditanya, "Andai Rasulullah bersama dengan kita pada masa sekarang, apa yang kita akan lakukan"?

Ana ingin sentiasa bersama Rasulullah, mengajar dan mendidik ana sentiasa. Merasai kasih dan cinta baginda.

Pastinya, hati-hati yang merindui Baginda akan sentiasa mengalirkan air mata kerinduan yang amat mendalam, mengharap pertemuan dengan Baginda. Hati-hati yang terpikat, jatuh cinta dengan setiap yang ada pada diri Rasulullah..

Ya Allah...

Siapa lah kami
 di sisiMU
Namun,

air mata
kasih
rindu
harap
kami tidak mampu tertahan

tatkala mengingati KekasihMU
Bernama Muhammad
Kami rindu Baginda
Insan yang tidak pernah kami temui
Wajah yang tidak dapat kami bayangkan
Tetapi ingin benar kami tatapi

Moga Engkau menerima kami
Mengadakan pertemuan
ini kelak
di Syurga kelak..

Tuesday, October 25, 2011

Anak Muda & Semangat Juang

Assalamua'alaikum wbt..

Alhamdullillah.. agak lama tidak mengemaskini blog ini. InshaAllah mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini akan berterusan dan mendapat keberkatan daripadaNYA.

Kali ini ana  ingin berkongsi tentang pemerhatian ana tentang diri anak-nak muda terutamanya pelajar ana sendiri.

Menjadi pendidik pada zaman ini, ana akui sangat hebat cabarannya. Berada di kelas, pelbagai gelagat dan karenah anak-anak murid. Ada masanya, bahagia dan gembira mendidik mereka apabila menunjukkan tingkahlaku yang sejuk hati memandang mereka, dan diselang-seli pula dengan kecewa, sedih, marah dan lain-lain. 1001 rencam rasa menjadi guru!

Namun, ana melihat golongan pelajar di sekolah seakan kehilangan semangat untuk berjuang.

Ana beri contoh paling mudah, di sekolah ana, pada awal tahun kebanyakan pelajar betah datang ke sekolah, mempamer kesalahan disiplin minimum. Tidak banyak memeningkan kepala.

Masa berlalu, tiba pertengahan tahun sehingga ke detik-detik peperiksaan penting, di sinilah pelbagai penyakit akan keluar.

  • Malas hadir ke sekolah (terutamanya hari Isnin dan Jumaat)
  • Kerja rumah tidak disiapkan (setelah berbulan-bulan diberikan, masih ditinggalkan kosong)
  • Ponteng kelas/sekolah
  • berhenti sekolah (terutamanya pelajar perempuan kerana berkahwin)
  • Malas belajar
  • Dating

Pendek kata, pelajar masa kini perlukan ketahanan daya juang yang tinggi untuk terus konsisten menggagahi perjuangan ini. Jika tidak, mereka menempah tiket keciciran dan terus hidup berselimutkan kemunduran dan kepayahan.

Ana berkata kepada pelajar "mungkin terlalu banyak dosa guru-guru sehingga para pelajar tidak lagi mengendahkan nasihat gurunya kan?"

Sedih, saban hari ana perhatikan semakin banyak kerusi kosong di kelas menunggu empunya diri mendudukinya. Seperti tidak kunjung tiba lagi. Bagaimana agaknya keadaan anak-anak murid itu sekarang?

Apakah nilai pendidikan ini sudah jauh rendahnya berbanding melayani sifat malas dan inginkan keseronokan segera ketika ini bagi mereka?

Sedih melihat kedatangan ke sekolah tidak memberi sebarang impak positif kepada mereka. Tidak kelihatan sinaran mata dengan nyalaan semangat berkobar-kobar inginkan kejayaan. Semuanya hanya suka-suka, remeh-temeh dan mudah-mudah.

Hebat cabaran membina hati-hati mereka agar berjiwa besar!

Sangat beruntunglah keberadaan mereka di institusi-institusi pendidikan yang mensyukuri ruang dan peluang ini sebaiknya. Apakah peluang itu?

Institusi pendidikan seperti universiti menempatkan para golongan intelek yang memiliki citra  ilmu dan idealisme. Mendampingi, mendengar, berjumpa dengan mereka pasti sedikit sebanyak menyuntik pelbagai bentuk kesedaran: Sebagai contoh ana masih ingat seorang pensyarah ana yang berbangsa cina. Seorang yang sangat bersemangat. Tidaklah ana mengenali beliau dengan mendalam, tetapi cukup mendengar kuliah dan bertemu dengannya memperlihatkan kesungguhannya untuk sentiasa memberi yang terbaik. Ana fikir, kadang-kadang cukup dengan menilai tindakan dan personaliti seseorang itu sudah dapat mencetuskan muhasabah diri untuk membuat koreksi pada diri. Buang sifat yang buruk dan ubah kepada yang lebih baik!

Saya bersyukur dengan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2005-2009 membuka mata dan hati  untuk memperbaiki diri. Di sini ana mengenali ramai sahabat yang hebat. Alhamdulillah baru ana menyedari makna keberkatan pada ilmu. Kerana tempat ini merupakan gedung ilmu, ana dipertemukan dengan mereka yang merupakan pejuang dan beridealisme. Paling bernilai ialah menggabungkan diri dengan jemaah yang cintakan agama, cintakan tuhan, cintakan kebaikan seperti ABIM. Variasi program dakwah dan tarbiyyah banyak memberi islah kepada diri untuk terus istiqamah menyayangi dan menjaga nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah.

Ana menyedari setiap memori yang masih ana ingat sepanjang pengajian di sana mempunyai nilai tarbiyyah (pendidikan) dan hikmahnya. InshaAllah mudah-mudahan ada ruang lagi untuk ana.

Ana gusar, seandainya para pelajar yang mencicirkan diri mereka daripada sekolah, daripada pendidikan, daripada cintakan kejayaan, mereka tidak mampu melangkah jauh. Paling parah dan menakutkan ialah apabila mereka menutup peluang hijrah untuk menggapai cahaya hidayah, cahaya iman dan taqwa untuk menepis segala macam pancaroba hati nurani.

Dengan persekitaran yang lebih banyak kepada pengabaian hidup bertuhan, berhijrahlah membawa misi suci melakukan islah diri. Kelak, sekembali ke kampung halaman, menjadi pembakar semangat anak-anak muda bangkit merubah diri!