Mungkin ana boleh dikatakan individu yang jarang-jarang berpergian atas nama melancong!
Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah kini. Ana pasti inilah hari-hari yang patut diisi dengan pelbagai agenda berupa percutian, perkahwinan, mengikat pertunangan, meluangkan masa bersama keluarga dan sebagainya.
Menatap status sahabat-sahabat di Facebook, tercuit keinginan untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.
Namun, diri ini hanya mampu bersabar. Kesempatan begini diisi dengan ingatan dan muhasabah tentang kenangan yang tercipta hampir setahun 2010 ini.
Kali ini, ana akan mengabadikan pula tentang pengalaman awal November yang lepas.
Istimewa Di Hati
Pada suatu hari, seorang sahabat mengajak ana menemaninya mengiringi pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke Ranau,.
Hemm.. ana tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Dalam hati ceria mengatakan Yes!! Ranau?? Wah...
Kerana ana meminati cuaca di Ranau. Pada hemat ana, tempat yang sungguh istimewa. (Setakat ini - Al-maklumlah jarang-jarang berjalan)
Antara beberapa destinasi yang kami lawati, bermula di Kg. Luanti Baru (ikan-ikan yang dikatakan boleh mengurut? Wallahualam. Ana tidak sempat mencubanya), seterusnya ke Ladang Teh Sabah. Bersambung pada hari ke-2 di Poring, Ladang Lembu Mesilau dan berakhir di Taman Kinabalu.
Antara semua tempat yang kami lawati, ana tidak mungkin melupakan suasana di Poring.
Apa yang menjadikan Poring menjadi destinasi pilihan mungkin kerana air panasnya.. seronok mandi-manda?
Namun, kerana ana tidak merasa kesempatan ini, maka ana berkongsi pengalaman yang berbeza hampir dua jam setengah di sana.
Rombongan kami adalah antara yang terawal sampai di Poring. Lebih kurang jam 8 pagi!
Peserta yang lain terus mengambil kesempatan untuk bersiap mandi. Kami, antara 4 orang guru pengiring sebaik bersarapan, segera menyusun langkah meneroka tempat ini.
Aktiviti pertama kami ialah mendaki bukit setinggi 475m untuk berjalan di jambatan kanopi. Sungguh ana sebenarnya agak takut dengan ketinggian. Gayat! Penat juga mendaki dengan sandle bertumit rata 2 inci.
Seterusnya kami berjalan mendaki bukit pada ketinggian lebih 300m untuk sampai ke Air Terjun Kopungit.
Di sini, ana menemui kenikmatan yang tidak terungkap.
Hampir 50m sebelum sampai ke air terjun yang dimaksudkan.. kami sudah terdengar sayup-sayup deruan air sungai.
Rasa tidak sabar segera sampai ke tempat ini.
SubhanaAllah...
Sesampai di sana, segera menanggalkan sarung kaki dan sandle.. menyentuh air sungai ini.
Terbit Rasa
Lama ana memerhatikan suasana sekeliling, mengamati setiap kejadian. Air terjun yang sangat mengujakan. Airnya yang sungguh sejuk menyegarkan. Batu-batu besar dan kecil. Pelbagai saiz dan bentuk. Tumbuhan hijau.. Hijau yang benar-benar menyejukkan pandangan mata ini.
Ana berasa aman, tenang dan bahagia seketika.
Segera teringat dengan ayat-ayat cinta Illahi yang berbunyi,
"Iaitu Syurga Adn, mereka itu masuk ke dalamnya, sedang air sungai mengalir di bawahnya, untuk mereka itu di dalamnya apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertakwa.”
(Surah An-Nahl : Ayat 31)
Menyuntik inspirasi di sanubari.
Segera memaculkan pujian dan kekaguman dengan Kebesaran Ciptaan Allah SWT.
Lafaz-lafaz zikir memujiNYA.
Bagaimana rasa bahagia dan kenikmatan yang masih segar ana rasakan hingga hari ini.
Menghayati suasana damai air terjun dan kesegaran di sana.
Kejernihan air sungai.
Ana berfikir sebenarnya, setiap kali syurga dibicarakan di dalam ayat-ayatNYA, Syurga dengan air sungai yang mengalir di bawahnya..
Apabila ana kaitkan kenikmatan syurga dengan air terjun di Poring, kerana air seringkali dikaitkan dengan ketenangan. Kebahagiaan.
Ada sesetengah di antara kita akan pergi ke laut. Bermacam aktiviti dilakukan.
Berkhemah dan memancing di sungai.
Kita menenangkan diri juga dengan air.
Namun, keindahan air sungai yang sering disebut-sebut dalam syurga itu adalah kenikmatan yang sudah Allah janjikan bahawa ianya adalah keistimewaan yang tidak pernah disaksikan oleh kita selama berada di dunia fana ini.
Keindahan yang dirahsiakan dan suatu kejutan yang pasti INDAH.
Bakal disaksikan oleh penghuninya nanti.
Sebaliknya, semua rasa manis yang Allah anugerahkan semasa ana berada di Air Terjun Kopungit ketika itu sudah tentu tidak akan mampu menandingi kemewahan rasa di syurga kelak.
Kalau ana sudah merasa saat-saat yang begitu mempesonakan hati ini, bayangkan pula hanya kebahagiaan sahaja yang selayaknya dikecapi oleh hamba-hamba pilihan istimewa di sana nanti.
Singkatnya meneroka rasa-rasa indah di Air Terjun Kopungit, tidak ingin ana membawa langkah ini pergi meninggalkan.
Apa lagi..
Andai syurga bakal menjadi perkampungan abadi kelak nanti.
Sepuas-puasnya.
Selama-lamanya.
Tiada kebosanan merasai anugerah ini.
Menatap dan menyingkap rahsia air sungai yang mengalir itu.
Pastinya pemandangan yang cukup ana yakini tidak pernah akan menandingi persaksian indah rasa di Air Terjun Kopungit dan mana-mana tempat jua yang kita senaraikan tempat-tempat paling cantik yang pernah dilihat, didengar dan dialami sendiri.
Hanya doa, pujian dan keharuan mampu ana lahirkan ketika itu.
Sungguh. Ana terlalu kerdil di sisiNYA untuk mengatakan dan merasai pengalaman ini.
Rasa diri ini tidak layak untuk syurgaNYA.
Hanya mampu berharap .. berharap dan terus berharap dengan mengislahkan diri.
Doa moga kenikmatan ini tidak akan berakhir di tempat ini.
Moga Allah SWT akan sentiasa memilih insan berjiwa hamba ini untuk merasai sekali lagi pengalaman ini.
Moga diberikan hati yang sentiasa mensyukuri setiap kejadian yang diciptaNYA.
Akhirnya, musafir kami di Bumi Ranau hari itu sampai ke penghujungnya pada petang sabtu, 6 November dengan perasaan berat hati. Namun syukur berpanjangan hanya kepadaNYA dengan kesempatan berharga ini.
Semoga Allah SWT sentiasa menjaga hati-hati ini untuk terus mengharapkan rahmatNYA meneruskan sisa-sisa usia di dunia dengan keinsafan yang tinggi menunggu seruan kembali ke pangkuanNYA kelak. InshaAllah
Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Rencam Rasa Seorang Dai'e
Tidak pernah berhenti ana bermonolog dengan diri. Meluahkan isi hati dari minda ke hati. Mengungkapkan segala recam rasa selama bergelar seorang dai'e. Ana menemukan seribu banyak perasaan, banyak sekali mencetuskan provokasi pada diri. Akhirnya berakhir dengan tuduhan buat diri hina ini,
"Kamulah yang bersalah, Haiza."
Banyak sungguh kelemahan dan kekurangan. Tidak cukup kuat mujahadah untuk berdiri dan berjalan kembali.
Bila ana mengimbas-imbas pengembaraan ana di medan ini, akan sentiasa hati ini tercubit. Malu. Ego. Kesal. Sedih. Bimbang. Kecewa. Bahagia. Gembira. Tenang.
Tamrin Medan Tarbiyyah
Teringat di suatu Tamrin yang ana hadiri Julai tahun lepas. Ianya suatu pengalaman yang sangat pahit ana kenang, namun tidak mungkin pernah dilupakan. Kerana pahitlah, pengalaman ini membuahkan suatu tarbiyyah hati dan akhlak yang jarang-jarang ana temukan dalam buku yang dibaca. Rancangan TV yang ditonton atau apa saja.
Yang hanya Allah beri dalam suatu perbincangan yang menjadikan ana sebagai core @ leader mereka. Apabila ada ahli-ahli kumpulan berselisih pendapat dan menjadikan perbincangan bertukar menjadi medan perdebatan yang mengelirukan dan menyesakkan jiwa, ana tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya. Perdebatan dikalangan ahli-ahli yang tetap dengan pendirian masing-masing sangat memalukan. Apatah lagi disaksikan pimpinan yang ada di situ. Suasana musyawarah yang tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi dalam jemaah. Yang sepatutnya, dikendalikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Musyawarah yang dinaungi rahmatNYA bertukar menjadi medan siapa yang lebih hebat hujahnya.
Buntunya ana ketika itu. Hanya kepada Allah Maha Mengasihani tempat ana bertawakkal.
Kerana jahilnya ana dalam berhadapan dengan situasi sedemikian, padah menanti ana. Alhamdullillah. SubhanaAllah... Innalillahi wainnalillahi roji'uun.... SubhanakaAllah wa ni'mal Wakil...
Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.
Sehingga kini ana masih berfikir tentang musibah hari itu.
Ana berfikir bahawa, rupa-rupanya inilah yang dikatakan sebagai TARBIYYAH ILLAHI. SubhanaAllah..
Syukur Alhamdullillah............
Keaiban yang Allah hijabkan di hadapan sahabat-sahabat di sana. Walau rasanya begitu sangat dan terlalu pahit. Ingin saja diri melarikan diri dari situ. Di mana mahu meletakkan wajah yang hina ini?
Apa lagi ubatnya, melainkan dengan lapang dada. Istighfar berbanyak-banyak sehingga kesuraman dan gelora di hati anda tenang seketika.
RahmatNYA Maha Luas
Ada saatnya, keaiban itu kita sendiri yang menemukannya tanpa pengetahuan orang lain.
Namun kali ini, kelemahan ana terhijab dan ketahuan oleh semua di sana. Mungkin asbab ego dan kesombongan yang masih bersarang dalam diri. Lantas, Allah SWT menambahkan rahmatNya dengan memberi peringatan kepada ana melalui pendekatan sedemikian. SubhanaAllah.
Setahun lebih berlalu.
Ana merasakan kebesaran Allah SWT setiap kali hadir dalam apa saja program, akan ada saja yang menghentak diri ini. Bermacam ujian.
Ketandusan idea.
Ketidakcerdasan minda.
Haru-biru fikiran.
Kesemuanya menyentuh kelemahan diri.
Perlu dibaiki.
Ana berfikir, mengapa mesti melalui segala macam pengalaman pahit begini.
"Andai ana tidak pergi program ini, tidak perlu sebenarnya ana resah gelisah seperti ini."
Mengapa?
Kerana, ana mahu menjadi manusia yang hebat.
Hendak jadi begitu, maka bersedialah menerima cabaran-cabaran yang luar biasa!
Ana berpegang dengan prinsip :
Berani ditarbiyyah dan berani mentarbiyyah..
Andai ana sudah ditakdirkan dalam sesuatu program, ana tahu ana pasti akan melalui pengalaman berbeza, yang akan bermula dengan kepahitan. Baru disusuli dengan kemanisan.
Maka, apa saja yang berlaku, hadapilah dengan lapang dada.
Beranilah berhadapan dengan kelemahan yang terpampang di hadapan semua dengan senyuman.
Berani menghadapi mereka yang mentertawakan serta memandang rendah pada diri dengan sangka baik.
Terus melangkah dengan yakin walau diri tidak punya apa-apa. I am nothing!
Jangan jauhkan dirimu. Teruskan berwajah ceria walau hati bersarang kesedihan dan kekecewaan.
Kuatkan semangatmu. Besarkan jiwamu tatkala kau menemukan kekurangan dirimu.
Akrabkan silaturrahim dengan mereka di sekelilingmu walau hati meronta-ronta ingin lari jauh.
Berdiri dan terus melangkah dengan tabah!
Teruskan memperbaiki diri!
Jangan putus asa!
Kerana...
Hidup ini adalah suatu proses ilmu dan amal
Istimewakan setiap pengalaman yang dilalui
Usah gusar..
Tertawalah..
Pasti hatimu berbunga jua ..
Bersabarlah duhai hati..........
*Moga tulisan ini akan sentiasa membangunkan jiwa ini di kala lemah dan tidak berdaya*

Wednesday, December 1, 2010
Really Sorry ..
It was really hard for me once i made up my mind that i would not come for one of my bestfriend's wedding day this weekend. Yes, her special day.
And on 4th December, is also an important day for most of my friends coz we have a special reunion for our SPM 2002 Batch on that night.
We have planned the reunion last september when my friends and I had a memorable conversation at Restoran Pantai, Pitas. The idea came up when we realized that we miss our ex-teachers a lot and this effort is actually trying to celebrate them. Just a simple thank you by having this mini reunion. (Eventhough i know that this effort could never repay their good deeds to us).
And a good friend of mine, Salmiah will get married on 5th Dec and i knew about it early when our friendship begins this year. Even if she did not invite me to come, i think i would remind her to do so.
Now, it is no more about breaking the promises, but it is all about PRIORITY.
That, myself, me and I need to pick up the calling from my jemaah.
That, I consider it as a big mission of mine.
That, whatever programs come to me, whatever efforts i have put into it, how fantastic our plans, when this comes to me, I have to forget all the programs (the great reunion and my friend's wedding). Everything would be the second and next list, but not for Tarbiyyah. It's a never-ending sacrifice and now i am chosen!
Because, i know that in order to gain people's love. Yes it would come naturally BUT let's turn your heart to Allah first. Now, i do this because of Allah. I hope Allah will help me, to let my friends happy with my decision. To allow their program will get your bless without my presence there. To make our friendship more meaningful and blissful.
I have a great faith that, without me being there, they would be okay coz this friend of theirs is doing the best for Allah, for Islam, for this greater and precious friendship. I hope my decision will not just bring in happiness to me, but all of you will get more delighted than what i feel.
My refuse not to come is not because i do not care about our friendship, THAT IS NOT the acceptable fact.
But, I hope you will accept this,
That, i love you. When i love you, i would ask from Allah to give the best care for you guys..
I also feel very guilty being not getting together with you. I do not have better words to describe my feelings. I do not have that power.
Therefore,
I AM REALLY SORRY..
I would really afraid if i do not come for the Tarbiyyah, i would regret for such a long time. I would in depress.
You get mad at me, it's okay as long as i am very sure that Allah will always with me, pleading and counting my tears here.. please comprehend my decision. I am very hurt with i am doing against you. and i now lay this to Allah. But i believe, i would never regret to do so. InshaAllah
P/S : To Salmiah Dawang, congratulations! I pray the best for your happiness for the rest of your life.
To Siti Rokiah and our beloved fellow friends... it does not mean getting together is the best moment EVER.. sometimes we need to appreciate and value this friendship in the midst of hardship of striving for Allah LOVE.. We value friendship when you do something for the sake of Islam.. and i realized now how precious our friendship is. The feeling that i would never experienced before this!

Friday, November 26, 2010
Thursday, November 25, 2010
I Need Your Dua', My Dearest Friends..
We are not feeling good these days, thinking about Najuan's condition. He has been ill since last thursday.. and up to now, he has been warded in the hospital since last monday night.
Returning from the hospital, my mother looked very concerned and sad. It was very rare for me to see mother in that way. I immediately feel that Najuan's fever is getting serious now. After performing Isyak prayer, I could hear the sound of worriedness and sadness inside of her. I know she must have hard times for these few days. Inside of her tiredness and laughing sometime, i could notice the terrible feelings through her eyes. Poor mother.
I know that all of us could not stop thinking and praying for Najuan. Praying that he will get better very soon. We miss him so badly. My siblings always keep texting me asking his circumstance everyday. Yet, I still and always pray for the little love.
Yesterday, we went to visit him in the hospital. We could not stand to see him longer in that way. He is just feeling better only if being with three lucky persons, his parents (my sister & her husband) as well as my mother. Others would be definitely rejected by him. He would cry without having himself on these persons' arms.
This little baby is in a very painful situation now. We feel that pain too.
To all my dearest friends,
Please pray the best for our first nephew, Mohd Fiz Najuan.
May Allah give him His Mercy and His Rahman for our love.. Ameen..

Monday, November 22, 2010
Bersangka baiklah walau ia pahit
Hati dan minda benar-benar berkecamuk hari ini. Tatkala ana sedar bahawa terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu dibetulkan.
Amanah yang dipikul sebagai daie', ana ingin lakukannya bukan kerana diamanahkan dengan jawatan semata-mata, tetapi biarlah lahir dari hati yang benar-benar mahu melakukannya kerana kecintaan yang tinggi kepada kebenaran, islam sebagai agama rahmat dan penuh dengan cinta kasih sayang.
Setiap kepahitan yang ditelan dengan rasa yang sangat menyeksakan jiwa, ana tahu ana perlu melakukan sesuatu: mencari bacaan yang tepat merawat jiwa, agar hati segera disegarkan kembali dengan ingatan dan taubat kepada Allah SWT.
Alhamdullillah.. ana mencari-cari artikel seorang sahabat dalam blognya. Bercerita tentang ahli asbab dan ahli tajrid serta bagaimana perbuatan zahir mampu mengubah suasana hati.
Perlunya pengharapan, tawakkal dan sandaran kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan. Bukan dengan menyandarkan usaha, kemampuan dan kelebihan yang menjadi asbab kepada kejayaan dan kebaikan yang kita peroleh.
Petikan http://www.kembaracintaku.wordpress.com/
Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah.
Firman-Nya:
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”.
( Ayat 87 : Surah Yusuf )
Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t.
Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya.
Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah s.w.t.
Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya.
Pujukan Diri
Hal inilah yang menjadikan diri ini semakin merasa beban yang berat didada. Kerana ana pernah merancang di awal tahun ini tentang hala tuju gerakan. Program yang hendak dijalankan. Bila dan berapa kekerapan.
Namun, perancangan ini tidak menjadi.
Begitulah pada pengamatan jiwa hina ana.
Terseksa dengan apa yang telah disampaikan dalam Surah As-Saff.
Sedih, kecewa dan marah pada diri.
Situasi ana tidak pernah berubah. Sentiasa dalam keadaan terpenjara dan terkunci.
Tolong, bebaskan ana daripada kekangan ini!
Sehingga ana membaca kata-kata yang dipetik seperti di atas. Memberi pujukan yang bermakna buat hati untuk terus memperbaiki diri.
Ana yakin dan tetap bersangka baik dengan ujian yang dihadapi ini.
Ingatan ana serta-merta kembali semasa berada di universiti dulu.
Tidak ada kenangan yang lebih manis melainkan bersama sahabat dalam angkatan jemaah bersama-sama dalam pelbagai suasana majlis ilmu dan gerakan.
Ana benar-benar rindukan suasana damai itu. Ana benar-benar ingin kembali menyertai mereka. Ana dambakan kembali kebersamaan itu.
Penat lelah, tekanan, gundah-gulana, tangisan, luahan hati ke hati adalah titipan memori yang cukup manis.
Nikmat kesibukan yang benar-benar meruntun ketabahan diri sehingga ana pernah hampir-hampir tidak dapat bertahan.
Dan..
Ana kini dalam situasi sedemikian.
Bezanya, golakan yang ana rasakan kini menggamit muhasabah penting buat semua bergelar daie'.
Bahawa segala penat lelah itu lebih manis dan besar ertinya dalam perjuangan bersama ukhuwah yang erat
daripada kepenatan yang dilalui secara begini...
Kepenatan mencari jalan-jalan keluar yang tidak bertamu.
Ana diibaratkan seperti kambing yang sudah diterkam oleh serigala.. hampir-hampir di hujung nyawa.
Seperti cahaya dikejauhan yang semakin sirna dan hilang
Umpama dahan-dahan kering yang menanti untuk jatuh
Menanti untuk rebah
Menunggu untuk gugur
Namun...
Ujian dan tarbiyyah ini. Ana terima dengan lapang dada
Tetap tidak mahu mengalah
Terus bangun dikala mahu jatuh
Kerana..
Allah satu-satunya tempat ana berharap
Siapa lagi yang mampu mengasihi diri ini
Menghulurkan kegembiraan
Mengetahui segala konflik dalam diri
Yang membela dikala ana menuduh diri sendiri
Yang membelai dikala inginkan belaian
Yang memujuk dikala hati ini menangis
Yang membisikkan bait-bait bahagia dikala hati meronta-ronta dengan kesedihan dan kekecewaan
Menguatkan semangat dan memberi kekuatan
Di saat ana lemah dan tidak berdaya
Tidak ada yang lain
Melainkan DIA..
Terima Kasih Ya Rabbi...

Subscribe to:
Posts (Atom)